Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Saturday, February 20, 2010

226 - Maqasid al-Syari'ah (Hikmah Di Sebalik Pensyariatan)

Maqasid al-Syari'ah
Hikmah Di Sebalik Pensyariatan


Title:
Maqasid al-Syari'ah (Hikmah Di Sebalik Pensyariatan)

Author:
Ustaz Rosli Mokhtar & Ustaz Mohd. Fikri Che Hussain

Publisher:
Karya Bestari (Malaysia)

Price:
RM7

Weight:
Kurang dari 100g

Description:

Buku ini merupakan sebuah buku yang menghidangkan topik yang agak berat iaitu matlamat ataupun tujuan syariat Islam (Maqasid al-Syariah). Buku kecil ini merupakan ringkasan yang menjanjikan pengenalan terhadap subjek tersebut secara mudah untuk golongan awam.

Buku ini merupakan teks ringkas yang disadur dari kitab karangan Dr. Ahmad al-Raisuni berjudul Madkhal ila Maqasid al-Syariah (Pengenalan Ilmu Maqasid Syariah).

Buku ini juga merupakan silibus yang dipelajari oleh Ustaz Rosli bin Mokhtar dan diajarkannya pula kepada para jemaah yang menghadiri kuliah Maghribnya di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Namun, di atas permintaan ramai terutama dari kalangan jemaahnya buku ini diterbitkan dalam bentuk yang lebih menarik.

Pengajian topik ini merupakan natijah kepada subjek Usul fiqh yang menjelaskan matlamat dan tujuan syarak yang diturunkan oleh Allah ke atas kehidupan manusia.

Perbincangan dan kajian yang mendalam dalam subjek ini telah berlaku di negara-negara Arab Islam sejak berkurun lalu, terutamanya di kalangan ulama mujtahidin. Sebaiknya, kita soroti sejarah perkembangan ilmu ini secara ringkas untuk memahaminya secara lebih lanjut.

Di antara perbahasan yang terkandung di dalam buku ini adalah:

1 - MUKADIMAH

Sejarah Ringkas Perkembangan Ilmu Maqasid al-Syariah

Istilah-istilah Arab yang perlu difahami.

Adakah Syariat Islam Senantiasa Relevan?

Sumber Syariah datangnya daripada Allah Taala.

2 - PENGENALAN ILMU MAQASID SYARIAH

Objektif Pensyariatan Islam Terhadap Umat Manusia

Pembahagian Maqasid Syariah (مقاصد الشريعة)

Kepentingan Memahami Maqasid Syariah.


3 - SYARIAH ANTARA TA’ABUD (التَّعَبُّد) & TA’LIL (التَعْلِيْل)

Hikmah Dalam Beribadah (al-Ta’abud)

Doa: Antara Pengabdian & Hikmah

Tujuan Pentarbiyahan Dalam Doa

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Menerangkan Rahsia & Hikmah Hukum

Pengertian al-Ta’lil

Maqasid Syariah Pada Zaman Sahabat.

4 - MENGAMBIL SEGALA KEBAIKAN DAN MENOLAK KEBURUKAN

Pengertian Kebaikan Dan Keburukan

Pembahagian Kebaikan (Al-Maslahah).

5 - MASALIH AL-MURSALAH (المصالح المرسلة)

Hujah “Maslahah Mursalah” Sebagai Sumber Hukum Syarak.

Mazhab Yang Menolak Penggunaan “Maslahah Mursalah”

Syarat Beramal Dengan “Maslahah Mursalah”

Pembahagian Al-Maqasid.

Pelengkap Kepada Kebaikan-Kebaikan (Masalih).

Hubungan di Antara Tiga Jenis-jenis Maqasid.

Kaedah-Kaedah Maqasid atau “Qawaid Maqasidiyah (قواعد المقاصدية)”

Syarat Jumhur Ulama Dalam Beramal Dengan Segala Maslahah.

Meninjau Pada Natijah Akhir Perbuatan (مآلات الأفعال).


Hujah Mewajibkan Agar Melihat Kepada Natijah Akhir Perbuatan.

6 - AL-DHARURIYAT AL-KHAMS

Total Pages:
142

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.