Daripada al-‘Irbadh B. Sariyah radhiyallaahu 'anhu, beliau berkata bahawa (pada suatu hari) Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam memberikan nasihat yang sangat berkesan kepada kami sehingga hati kami terharu dan air mata kami berlinangan. Maka, kami pun menyapanya:
“Wahai Rasulullah, ini seakan-akan wasiat perpisahan? Maka, berilah kami wasiat.”
Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pun bersabda:
“Aku mewasiatkan kepada kalian supaya selalu mendengar dan taat walaupun yang memimpin kalian adalah seorang hamba hitam (Habsyi). Kerana sesungguhnya, siapa yang masih hidup (sepeninggalku) nescaya akan melihat perselisihan yang banyak. Oleh kerana itu, hendaklah kalian berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham. Jauhilah pula oleh kalian perkara-perkara yang baru (bid’ah) kerana setiap bid’ah itu adalah sesat.” (Sunan Abu Dawud, at-Tirmidzi, dan Ibnu Majah)
Berdasarkan hadis tersebut, solusi yang tepat dan syar’i yang harus dijadikan pedoman bagi ummat Muhammad Shallallaahu 'alaihi wa Sallam dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan perpecahan di kalangan mereka sepeninggalan beliau adalah dengan berpegang teguh pada sunnah Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam dan sunnah para Sahabatnya, bukan sunnah yang lainnya.
Secara umumnya, buku ini menghuraikan maksud-maksud, faedah-faedah, dan hikmah dari sebuah hadis, iaitu hadis daripada al-'Irbadh sebagaimana di utarakan di atas.