Mari sama-sama kita singkap, fahami, dan pelajari praktik perbekaman. Kerana memang terdapat dalam hadis-hadis Rasulullah tentang anjuran berbekam, khasnya bagi mereka yang ingin berubat.
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:
خَيْرُ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ
“Sebaik-baik perubatan (perawatan) yang kalian gunakan adalah al-hijamah (bekam).” (Musnad Ahmad, no. 12045. Dinilai sahih oleh al-Albani)
Dalam hadis atau redaksi yang lain, sabda beliau:
إِنَّ مِنْ خَيْرِ دَوَائِكُمُ الْحِجَامَةَ
“Sungguh dari jenis ubat yang baik bagi kalian adalah al-hijaamah (bekam).” (Musnad Ahmad, no. 20205)
Dan tahukah kita bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:
الشِّفَاءُ فِي ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ، وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ، وَكَيَّةِ نَارٍ، وَأَنْهَى أُمَّتِي عَنِ الكَيِّ
“Kesembuhan itu ada pada tiga perkara; Meminum madu, tusukan alat bekam, dan kay (perubatan dengan besi panas). Namun aku melarang umat-ku dari berubat dengan kay.” (Shahih Al-Bukhari, no. 5680)
Semoga susunan input-input ilmu perbekaman yang disampaikan dan diperolehi dari VCD ini bermanfaat buat semua.