Sinopsis: Setelah terbitnya bahagian pertama, kali ini terbit pula siri kedua buku “Kerajaan ‘Arab Saudi; Sejarah, Dakwah, & Politik.” ‘Arab Saudi adalah sebuah kerajaan Islam masa ini yang dikenal dengan keteguhan para ulamanya dalam memperjuangkan dan mendakwahkan tauhid ke seluruh dunia. Kerajaan Saudi adalah sebuah kerajaan dan sebuah negara yang memiliki hubungan erat dengan perkembangan dakwah tauhid di era ini. Juga sebuah kerajaan yang dikenal banyak menyumbang dalam dakwah tauhid ke seantero dunia saat ini.
Baik, sebagaimana yang banyak diketahui, Kerajaan ‘Arab Saudi memiliki tiga fasa pembentukan sejak masa Syaikh Muhammad bin ‘Abdil Wahhab bersama Imam Muhammad Su’ud di fasa pertamanya. Buku yang ada di tangan di tangan pembaca sekarang ini adalah siri yang kedua, diangkat dan dibentang di dalamnya pelbagai peristiwa dalam sejarah pemerintahan Saudi ‘Arabia fasa kedua.
Berbeza dengan fasa yang pertama, fasa kedua sejarah Dinasti Sa’ud adalah merupakan fasa yang penuh dengan pergolakkan dan keriuhan. Ada banyak orang yang berusaha menguasai Nejad, merebut kepimpinan dari Dinasti Sa’ud. Perang-perang pun banyak terjadi di sejumlah tempat di Nejad.
Dari sini juga kita akan melihat istilah atau pepatah yang mengatakan, teman itu tidak selamanya menjadi teman, yang ada hanya kepentingan. Di mana pergelutan di antara satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain, dan di antara teman dengan teman yang lain.
Di antara yang termuat di buku ini adalah:
1, Pasca Runtuhnya Dinasti Sa’ud fasa pertama.
2, Fasa kedua pemerintahan Dinasti Sa’ud.
3, Merintis kepimpinan baru.
4, Penyatuan Nejad.
5, Hubungan dengan wilayah-wilayah timur Jazirah ‘Arab.
6, Penguasa-penguasa Jazirah ‘Arab.
7, Tuduhan-tuduhan terhadap kerajaan ‘Arab Saudi.
8, Pemerintahan Faisal bin Turki, wilayah kekuasaan dan fasa-fasanya.
9, Penyatuan Nejad dengan Ahsa’
10, Permasalahan Kabilah ‘Ujman.
11, Permasalahan kabilah Qashim.
12, Kerajaan-kerajaan di Teluk Oman.
13, Kesultanan Turki ‘Utsmani.
14, Kerajaan Inggeris.
15, Pemerintahan Dinasti Sa’ud setelah Faisal.
16, Pemberontakan terhadap Dinasti Sa’ud.
17, Alu Rasyid dan kekuasaan Muhammad.
18, Akhir Dinasti Sa’ud fasa kedua.
19, Aspek militeri (ketenteraan).
20, Pendidikan dan pengajaran.
21, Ulama dan hakim.
22, Gebernor dan panglima perang.
23, Lain-lain kandungan berserta lampiran.
24, Seruan para ulama di Saudi ‘Arabia kepada rakyatnya.
‘Arab Saudi Sepintas lalu...
‘Arab Saudi, di sini terletaknya dua tanah haram iaitu Mekah dan Madinah dua tempat yang barakah dan memiliki keutamaan yang besar, di negara ini terletaknya kiblat kaum muslimin, tempat yang kaum musyrikin diusir darinya, menjadi tempat kunjungan umat Islam dari seluruh dunia saban tahun untuk beribadah (haji dan umrah), serta di dalamnya didiami oleh ramai ulama kaum muslimin.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda tentang Madinah:
“Sesungguhnya, keimanan akan pergi berlindung ke dalam Madinah sebagaimana ular yang pergi berlindung ke dalam sarangnya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 1876. Kitab: Fadhail Al-Madinah)
Arab Saudi, di dalamnya menyimpan kisah-kisah dakwah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabat beliau radhiyallahu ‘anhum. Dan di dalamnya juga menyimpan kisah perjuangan dakwah Syaikh Muhammad B. ‘Abdul Wahhab bersama-sama Dinasti Su’ud yang telah menyatukan wilayah-wilayah ‘arab yang berpecah-belah menjadi sebuah negara Tauhid, ‘Arab Saudi.
Kata Syaikh ‘Abdul ‘Aziz B. Baaz rahimahullah:
“Dinasti Saudi, jazahumullaahu khayran, telah menolong dakwah ini. Mereka punya tangan yang panjang dalam membela kebenaran, jazahumullaahu khayran. Mereka telah membantu dan menolongnya. Kerana itu, wajib mencintai mereka agar terus mendapat taufiq, wajib mencintai mereka, wajib mencintai Syaikh Muhammad rahimahullah dan para pembelanya dari Dinasti Saudi dan yang lainnya. Wajib memintakan untuk mereka hidayah dan taufiq, menasihati mereka dan mendoakan para pendahulu mereka dengan kebaikan, petunjuk, keampunan, dan rahmat.”
Tokoh ulama hadis dari Yaman, Syaikh Muqbil B. Hadi rahimahullah berkata:
“Aku merasa takjub, ketika dibawa berubat ke Makkah. Ketika di Yaman, di depan pintu rumah selalu ada empat orang penjaga. Walaupun demikian, kita masih saja belum merasa aman di sana. Tidak di waktu siang, tidak juga di waktu malam.
Di Makkah, beberapa malam aku menginap di Hotel Daar Al-Azhar. Di sana, setiap kali aku tidur, lalu keluar di tengah-tengah malam ke Masjidil Haram dan sendirian, aku merasakan kenikmatan, kelapangan, dan kelazatan yang tiada tandingannya sama sekali. Keluar malam sendirian walhamdulillaah... pergi ke masjidil haram dan melakukan thawaf, solat serta duduk di sana selama yang aku ingini, setelah itu pulang ke rumah. Keadaan aman seperti itu yang tidak aku rasakan di negeriku sendiri, sebenarnya adalah kerana ke-istiqomahan mereka, pihak penguasa dan rakyat ‘Arab Saudi, mereka di atas Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.”
Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H) pernah mengungkapkan sebuah doa:
“Aku memohon agar Allah selalu melestarikan nikmat-Nya untuk Jazirah ‘Arab serta negeri-negeri kaum muslimin lainnya, dan sentiasa menjaga negeri Tauhid di bawah kepimpinan sang pelayan dua tanah suci; Raja Fahd bin ‘Abdil ‘Aziz...”
Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah juga pernah berkata:
“Aku bersaksi dan kalian juga mempersaksikan atas apa yang aku katakan ini bahawa tidaklah aku ketahui ada di atas bumi hari ini yang menjalankan syari’at Allah seperti apa yang dilakukan oleh negara ini, iaitu Kerajaan ‘Arab Saudi. Dan ini tanpa ragu lagi, termasuk dari nikmat Allah kepada kita. Kerana itu, hendaklah kita menjaga apa-apa yang ada pada kita hari ini.”
Semoga bermanfaat. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]
Hubungi Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: ilmusunnah@gmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga website kami di, www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise), kemudian sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.