Jaminan kami: Sekiranya madu yang kami bekalkan tidak asli sebagaimana diiklankan dan terbukti dengan kajian makmal, insyaAllah kami akan bayar anda dua kali ganda harga madu yang telah anda beli berserta dengan kos kajian makmal yang telah anda lakukan.
Sidr (السدر) di dalam bahasa Melayu adalah pohon bidara, atau nama saintifiknya. Ia termasuk pohon yang disebut di dalam Al-Qur’an dan banyak hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Namanya juga turut disebut sebagai salah satu pohon di Syurga. Al-Hafiz Ibnu Katsir di dalam Tafsirnya menyatakan ia termasuk pohon yang baik yang ditinggalkan oleh Allah setelah berlakunya banjir besar ke atas kaum Saba’ di Yaman.
Antara keistimewaan pohon sidr atau bidara ini adalah bahagian-bahagiannya yang terkenal memiliki nilai perubatan dan manfaat kesihatan. Antaranya, daunnya digunakan sebagai herba dalam ramuan shampoo bagi merawat kulit kepala, bahan mandian, kecantikan kulit, wangian, dan banyak lagi yang lain. Manakala debu-debu kayunya digunakan sebagai bahan rawatan terhadap gigitan, sengatan, atau patukan haiwan berbisa. Demikian juga akar dan batangnya juga menjadi antara bahan ramuan dalam penyedian ubat-ubatan.
Pohon ini banyak tumbuh liar di beberapa kawasan dunia yang antaranya termasuk hutan hujan tropika di Malaysia, Indonesia, dan Australia. Selain itu, ia juga tumbuh subur meliar di kawasan-kawasan pergunungan Timur Tengah seperti Yaman, Pakistan, dan Arab Saudi. Ia berbunga dan berbuah. Dari kawasan pergunungan Yaman inilah madu lebah Sidr berkualiti tinggi terhasil.
Madu yang terhasil dari koloni lebah di pergunungan Yaman yang kaya dengan pohon Sidr ini dikatakan sebagai madu paling berkualiti dan terbaik di dunia. Sampai ada yang berbelanja besar untuk mendapatkannya, dan harganya memang antara yang paling tinggi berbanding madu-madu lainnya. Yaman, adalah sebuah negara yang dimaklumi terkenal dengan kehabatan madunya yang berkualiti tinggi dan diiktiraf oleh dunia. Madu yang terhasil dari koloni lebah di pergunungan Yaman yang kaya dengan pohon Sidr ini dikatakan sebagai madu paling berkualiti dan terbaik di dunia. Sampai ada yang berbelanja besar untuk mendapatkannya, dan harganya memang antara yang paling tinggi berbanding madu-madu lainnya.
Kualiti dan pengredan madu sidr ini dinilai berdasarkan keistimewaan rasa, warna, peratusan kandungan material sidr-nya, dan keadaan kawasan di mana lebah tersebut berkoloni, iaitu persekitaran tempat mereka memungut nektar yang kaya dengan pohon sidr. Di samping nilai dan kandungan perubatan yang terkandung di dalamnya. Wallahu a’lam.
Apapun, Allah Subhanahu wa Ta’ala memang mengkhabarkan tentang lebah dan hasil madunya secara umum di dalam Al-Qur’an:
“Dan Rabb-mu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di perbukitan, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina manusia”, kemudian makanlah dari setiap (kepelbagaian) buah-buahan dan tempuhlah jalan Rabb-mu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.” (Surah an-Nahl, 16: 68-69)
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:
“Bagi kalian dua jenis penawar, iaitu al-‘Asal (madu) dan Al-Qur’an.” (Sunan Ibnu Majah, no. 3443. Kata Ibnu Katsir, sanadnya jayyid. Dinilai dha’if oleh Al-Albani)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:
“Kesembuhan itu ada pada tiga perkara: Meminum madu, tusukan alat bekam, dan kay (perubatan dengan besi panas). Namun aku melarang umat-ku dari berubat dengan kay.” (Shahih al-Bukhari, no. 5680)
Sahabat Nabi, ‘Abdullah B. Mas’oud radhiyallahu ‘anhu berkata:
“Di dalam al-Qur’an dinyatakan dua jenis penawar, iaitu al-Qur’an dan madu. Al-Qur’an adalah penawar untuk apa yang ada di dalam dada, manakala madu adalah penawar untuk setiap penyakit (fizikal).” (Al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, no. 19566. Dinilai sahih oleh al-Bahaqi)
Maka, manfaatkan-lah nikmat-nikmat Allah yang ada ini yang salah satunya adalah madu yang padanya memiliki nilai penawar bagi pelbagai penyakit.
Khasiat Perubatan Dalam Madu Sidr
Di antara khasiat dan kelebihan madu sidr; ia digunakan sebagai makanan kesihatan untuk meningkatkan daya lawan penyakit atau meningkatkan daya immuniti tubuh, baik untuk pesakit leukimia, baik merawat gastrik, membantu mengatasi masalah sistem penghadaman, membantu merawat usus luka atau ulser, membantu merawat serangan resdung, membantu tubuh yang tidak bermaya, meningkatkan kecerdasan otak, melawan kanser, baik untuk merawat luka-luka luaran, dan beberapa lagi yang lain. [Disediakan oleh Krew Atsar Ent.]
Hubungi Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: ilmusunnah@gmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga website kami di, www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise), kemudian sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.