Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Saturday, December 31, 2011

515 - Pesona Syurga

Pesona Syurga
Penjelasan Lengkap Segala Kenikmatan Syurga Yang Tidak Pernah Terbayangkan Sebelumnya


Title:
Pesona Syurga
Judul Asal: Shifatul Jannah fil Qur'aanil Kariim

Author:
'Abdul Halim B. Muhammad Nashshar as-Salafi

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi'i

Price:
RM70
(Hard Cover)

Weight:
1.1 kg

Description:

Dapat saya katakan (hanya Allah Ta’ala pemberi taufiq) bahawa membaca buku ini diumpamakan seperti sedang mengunjungi Daarus Salaam (Syurga) dalam keadaan terjaga, tidak melalui mimpi. Adakah yang lebih dicintai oleh seorang Mukmin dari dibukakannya pintu Daarus Salaam untuknya, kemudian dikatakan kepadanya:

Silakan, wahai kekasih Allah; hiasilah matamu, jiwamu, dan seluruh panca-inderamu dengan pelbagai kenikmatan yang kekal berupa sungai-sungai Syurga, istananya, bidadarinya, permadaninya, tempat tidurnya, makanannya, minumannya, naungannya; serta lihatlah keredhaan dan ucapan salam Allah kepada penghuninya!

Itulah perumpamaan membaca buku karya ‘Abdul Halim as-Salafi ini.

Satu perkara yang mesti diketahui oleh para pembaca sebelum membacanya adalah bahawa apa yang akan ia saksikan dalam kunjungan ini merupakan sesuatu yang benar dan yakin adanya, tanpa dapat diragukan lagi. Kerana rujukan buku ini merupakan kumpulan ayat-ayat al-Qur'an; juga hadis-hadis yang sahih sanadnya dan popular periwayatannya.

Demikianlah, kami tidak dapat memberi ulasan lebih banyak lagi selain memberi kata-kata selamat kepada setiap pembaca buku ini atas kunjungannya ke Daarus Salaam (Syurga), seraya berpesan:

“Berhati-hatilah, jangan sampai musuhmu (syaitan) mengeluarkan kamu dari Syurga, sebagaimana yang dialami oleh nenek moyangmu (Adam dan Hawa). Semoga keduanya dan dirimu diberikan keselamatan oleh Allah Ta’ala.”

SYAIKH ABU BAKAR JABIR AL-JAZA'IRI
(Staf Pengajar di Masjid Nabawi, Madinah)

Perbahasan buku ini meliputi beberapa bahagian dan skop perbahasan. Antaranya mencakupi:

1 - Keutamaan Syurga dalam hidup manusia, bagaimana agar dapat memasuki Syurga, kewujudan Syurga.

2 - Sifat-sifat Syurga, nama-namanya, penegrtiannya, dan jumlah bilangannya.

3 - Nikmat dan dan keindahan Syurga.

4 - Sifat penghuni Syurga.

5 - Penjaga dan pelayan Syurga.

Semoga perbahasan yang dipersembahkan oleh buku ini akan memotivasikan kita semua untuk berlumba-lumba mengejar Syurga!

Total Pages:
540 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.