Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Tuesday, July 7, 2009

133 - Mengapa Ahmadiyah Dilarang?

Mengapa Ahmadiyah Dilarang?


Title:
Mengapa Ahmadiyah Dilarang?
Merungkai Fakta Sejarah Dan I'tiqad Fahaman Qadiyani

Author:
Syaikh Dr. Ihsan Ilahi Zhahir

Publisher:
Darul Falah

Price:
RM47

Weight:
600g

Description:

Mirza Ghulam Ahmad al-Qadiyani adalah seorang pengasas dan pemimpin gerakan berbentuk keagamaan bernama Ahmadiyah yang begitu kontroversi pada masanya sehinggalah kini di mana banyak fahaman dan ajarannya terus diikuti. Fahaman dan pemikirannya ini beliau sebarkan di antaranya dengan melalui buku, risalah, dan makalah yang kemudiannya dianggap sebagai sumber suci seperti wahyu. Sekaligus akhirnya beliau telah menganggap dirinya sebagai Nabi yang menyampaikan sebuah agama yang baru.

Ahmadiyah telah diharamkan dan difatwakan sesat malah kafir disebabkan mereka memusuhi Islam dan umat Islam. Mereka tidak bersolat di belakang umat Islam dan meyakini bahawa umat Islam adalah kekal di dalam neraka. Mirza Ghulam Ahmad, iaitu pengasas ajaran ini turut berkeyakinan bahawa Allah juga bersolat, berpuasa, tidur, bersetubuh, dan melahirkan anak. Na'udzubillah... Begitu juga kepada para Rasul, beliau menghinakannya dan beranggapan bahawa dirinya lebih mulia dan utama dari Nabi Adam, Nuh, Yusuf, Isa dan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam sendiri. Begitulah betapa sesatnya fahaman yang beliau asaskan tersebut.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah... dengan sebuah pena dan tulisan oleh Syaikh Dr. Ihsan Ilahi Dzahir, beliau telah merungkaikan banyak kekeliruan dan membongkarkan kesesatan Ahmadiyah. Beliau telah menganalisa dan mendedahkan begitu banyak fakta-fakta asli dari rujukan Ahmadiyah adalah menyesatkan. Semoga dengan hasil kajian dan tulisan beliau ini akan membantu masyarakat lainnya supaya tidak terperangkap dengan jerat dan kesesatan Ahmadiyah atau juga turut dikenali dengan ajaran Qadiyani yag telah menyebar ke seluruh dunia.

Di antara skop perbahasan yang beliau bawakan adalah: Sejarah Mirza Ghulam Ahmad (pengasas dan pemimpin) serta sejarah Ahmadiyah, al-Qadiyani sebagai senjata penjajah, hubungan Ahmadiyah dengan Umat Islam, Pengakuan Mirza Ghulam Ahmad sebagai Nabi dan penghinaan kepada para Sahabat, Aqidah dan fahaman Qadiyani, al-Qadiyani dan al-Masih, Kelompok dan pecahan-pecahan Qadiyani, Perbahasan Penutupan Para Nabi dan Kesesatan Qadiyani yang mengakui adanya Nabi Selepas Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Total Pages:
414

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.