Title:
Malapetaka Akhir Zaman
(Judul asal: an-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim)
Author:
al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah
Tahqiq: Ishamuddin as-Shababthiy
Tahkrij hadis: Berdasarkan Kitab-kitab Syaikh al-Albani
Publisher:
Pustaka as-Sunnah
Price:
RM118
Weight:
2kg
Description:
Pada suatu masa akan datang di mana harta, anak pinak, ayah dan ibu serta sahabat handai tidak lagi dapat menghulurkan pertolongan, tidak mengenali di antara satu dengan yang lain. Masing-masing sibuk memikirkan diri masing-masing. Itulah masa yang akan tiba di hari kiamat yang pasti terjadi.
Sudahkah kita bersiap sedia menghadapinya? Suatu hari yang sangat dahsyat. Jadi, apakah jalan dan cara untuk berhadapan dengan hari tersebut di mana setiap individu bernama manusia akan menghadapinya.
Melalui kitab ini, al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan jalan-jalan yang mesti dilalui dan prinsip yang perlu dipegang oleh seseorang Muslim sementara masih di dunia supaya selamat di hari kemudian yang paling dahsyat sekali. Beliau juga memaparkan kepada para pembaca bukti-bukti yang sahih berkenaan betapa dahsyatnya hari kiamat serta rentetan peristiwa yang berlaku di dalamnya yang dimulai dengan munculnya dajjal, turunnya 'Isa ibn Maryam, munculnya kaum Ya'juj dan Ma'juj, hari hisab dan pembalasan, dan mizan serta keputusan sama ada ke Syurga mahu pun neraka.
Turut dibahaskan melalui buku ini adalah berkenaan peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapan setelah zaman Rasulullah, yang mana sebahagiannya telah pun berlaku. Berkenaan fitnah akhir zaman, tanda-tanda kiamat, kemuncullan dajjal-dajjal kecil (pendusta) sebelum munculnya dajjal yang sebenar, tiupan sangkakala, huru-hara akhir zaman, berkumpulnya makhluk di hadapan Allah, sifat-sidat neraka, syafa'at Rasulullah, sifat-sifat syurga dan kandungannya, dan seterusnya banyak lagi.
Total Pages:
1036
More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.
Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.