Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Tuesday, December 7, 2010

341 - Ensiklopedi Masjid

Ensiklopedi Masjid
Hukum, Adab, dan Bid'ahnya


Title:
Ensiklopedi Masjid
Hukum, Adab, dan Bid'ahnya
Judul Asal: al-Masjidu fil Islaam

Author:
Khairuddin Wanili

Publisher:
Darus Sunnah

Price:
RM42

Weight:
710gram

Description:

Masjid dalam pengertian syar'i adalah tempat yang disediakan untuk mengerjakan solat berjamaah lima waktu untuk selamanya. Masjid adalah tempat suci bagi umat Islam untuk melaksanakan solat dan berhubung secara langsung dengan Tuhannya. Selain untuk menunaikan solat, masjid juga berfungsi sebagai tempat melaksanakan pelbagai aktiviti seperti penyelenggaraan majlis taklim, tempat berkumpulnya kaum muslimin untuk bermusyawarah, dan titik awal tempat perangkaan strategi.

Masjid adalah tempat yang paling dicintai Allah. Masjid merupakan benteng untuk mempertahankan keimanan dan memperolehi keutamaan. Masjid adalah tempat pertama yang meluluskan setiap muslim, tempat tinggalnya orang-orang yang bertakwa, tempat berkumpul kaum muslimin setiap hari, markas untuk mengadakan muktamar (pertemuan besar), tempat bermusyawarah dan saling memberi nasihat, tempat bertemu untuk saling mengenal dan persatuan, dan tempat menumbuhkan semangat saling tolong menolong dalam kebaikan. Dari masjidlah keluar keputusan untuk mengirimkan pasukan perang, sehingga mampu menguasai belahan timur dan barat bumi.

Masjid adalah tempat yang pertama kali dituju ketika kembali dari perjalanan, tempat untuk mendapatkan ketenangan, dan dari masjidlah lahirlah para ulama dan seumpamanya.

Masjid sebagai tempat suci wajib dijaga kesucian dan kebersihannya. Mengingat betapa penting dan uniknya peranan masjid, maka menjadi suatu kewajiban bagi kaum muslimin untuk menjadikan masjid sebahagian dari kehidupannya yang tidak boleh terpisahkan selama ia hidup di dunia. Buku ini berisi tentang bimbingan atau petunjuk dalam membina masjid, hukum-hukum yang berkaitan dengannya, adab-adabnya, dan juga bid'ahnya.

Di antara isi perbahasannya adalah meliputi tajuk-tajuk utama seperti Peraturan-peraturan dalam membina sesebuah masjid, Hukum-hakam masjid dan adab-adabnya, persoalan bid'ah berkaitan masjid dari pelbagai sudut dan aspek, anjuran membina masjid, hadis-hadis dhaif dan palsu yang popular berkaitan masjid, serta pelbagai perbahasan lainnya secara khusus dan specifik seperti topik-topik kecil berkaitan menghias masjid, mihrab, kubah, loceng, kubur di dalam masjid, tempat wudhu', dua masjid yang saling berdekatan, kewajiban solat berjama'ah, solat-solat sunnah di masjid, persoalan saf solat, peranan dan fungsi masjid kepada masyarakat, makan/minum dalam masjid, kanak-kanak solat di masjid, menjadikan masjid sebahagian tempat bersukan, jenazah di masjid, dan pelbagai lagi lainnya yang memuatkan kupasan yang sangat luas dan ilmiyah lagi menarik.

Total Pages:

402 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.