Imam al-Qurthubi (Wafat: 671H)
Publisher:
Pustaka Azzam
Price:
RM1700
Weight:
32kg
Description:
Di antara kitab tafsir yang methode perbahasannya turut bertunjangkan kepada kaedah-kaedah dan kajian fiqh adalah kitab tafsir karya Imam al-Qurthubi rahimahullah yang berjudul al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an. Kitab ini adalah sebuah ensiklopedia tafsir yang sangat berharga. Kitab tafsir ini membawa perbahasan yang mencakupi pelbagai pendapat mazhab fiqh dalam menafsirkan ayat-ayat berkaitan hukum. Walaupun demikian, fokus beliau terhadap aspek-aspek qira'at, i'rob, masalah-masalah yang berkaitan dengan Nasikh dan Mansukh juga amat diberi perhatian.
Keistimewaan Kitab Tafsir al-Qurthubi antaranya adalah:
1. Tafsir al-Qurthubi dianggap sebagai sebuah ensiklopedia besar yang memuatkan begitu banyak cabang-cabang ilmu tidak terhad kepada semata-mata tafsir.
2. Memuatkan hukum-hukum yang terdapat dalam al-Qur’an dengan perbahasan yang luas.
3. Setiap hadits-hadits yang ada beliau kemukakan dibentangkan berserta dengan komentar dan sanad-sanadnya sebagai panduan dan penilaian para pengkaji terkemudian. Kitab ini disertakan sama takhrij oleh Mahmud Hamid 'Utsman.
4. Akan tetapi pada sebahagian tempat, Tafsir al-Qurthubi ini masih memiliki beberapa kelemahan - di antaranya walaupun Imam al-Qurthubi telah berusaha agar tidak menyebutkan banyak cerita Israilliyat dan hadis-hadis dhaif (lemah) dan maudhu’ (palsu), namun ada beberapa kesalahan dalam sebahagian tempat di mana beliau tetap menyebutkan kisah-kisah Israilliyat dan hadis-hadis yang maudhu’ yang telah ditemui tanpa sebarang komentar dari beliau. Oleh itu, pentahqiq telah berusaha menyertakan beberapa komentar berkaitan yang diperlukan pada nota kaki.
5. Selain itu, ketika menyebutkan sebahagian kisah-kisah Israiliyyat dan hadis-hadis palsu yang menyentuh kesucian para malaikat dan para nabi atau mampu memberi kesan kepada aqidah seseorang, maka al-Qurthubi akan menyatakan bahawa cerita atau hadis tersebut adalah bathil (tertolak), atau akan menjelaskan bahawa statusnya adalah dhaif (lemah). Contohnya ketika menyebutkan tentang kisah Harut & Marut, kisah Nabi Daud dan Sulaiman, kisah al-Gharaniq, serta kisah pernikahan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam dengan Zainab BT. Jahsy.
Maka dalam edisi cetakan ini, beberapa ciri telah dikemaskini - Antaranya:
1. Memperbetulkan teks/naskah asli kitab ini secara menyeluruh.
2. Mentakhrij ayat-ayat al-Qur’an dengan menyebutkan nama surahnya masing-masing
3. Mentakhrij qira'at-qira'at yang ada di dalam tafsir ini dengan merujuk pada kitab-kitab qira'at dan kitab tentang makna-makna al-Qur’an.
4. Mentakhrij hadis-hadis yang ada, yang bersumberkan kepada kitab-kitab induk hadis dan selainnya.
5. Mentahkrij riwayat-riwayat yang ada di dalamnya dengan menyebutkan sumbernya.
6. Mentahqiq pendapat-pendapat imam mazhab dan hukum-hukum yang ada dalam kitab ini
7. Serta beberapa lagi metodologi ilmiyah lainnya
20 Jilid Lengkap
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.