Dr. Khalid B. Muhammad
Pustaka Imam asy-Syafi'i
Price:
RM80 ( 2 Jilid Lengkap)
Weight:
1.8kg
Description:
Tidak dapat dinafikan, bahawa mereka adalah wanita-wanita mulia yang mendapat kesempatan merekam secara sempurna dan terperinci segala bentuk peri-kehidupan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, yang kemudian disampaikan kepada kaum muslimin.
Setelah kewafatan Rasulullah, mereka adalah rujukan pertama bagi para sahabat. Terutama apabila menghadapi persoalan dan bagi tujuan ilmu serta mencari jawaban bagi masalah-masalah tertentu. Lebih-lebih lagi permasalahan yang berkaitan dengan keluarga dan wanita.
Rumah-rumah mereka dijadikan sebagai madrasah-madrasah ilmu, tempat kaum Muslimin bertanya dan meminta fatwa. Sehingga keberadaan Ummahatul Mukminin menduduki posisi yang sangat penting, sama ada sebagai sumber pembelajaran ataupun sebagai contoh tauladan, khususnya bagi kaum wanita dalam soal keimanan, kesabaran, ilmu, pendidikan, dan kekeluargaan.
Begitu juga dengan kesungguhan mereka dalam mempertahankan kemurnian Islam, di mana mereka harus memikul kewajiban-kewajiban khusus dan berat, sebagai seorang wanita, isteri Rasulullah, dan juga ummahatul mukminin. Ini adalah sebagaimana firman Allah Ta'ala dalam surat al-Ahzab ayat 32-33, yang maksudnya:
"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita-wanita lain jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu "tunduk" dalam berbicara, sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik. Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah terdahulu, dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan ta'atilah Allah dan Rasul-Nya,. Sesungguhnya Allah mahu menghilangkan dosa dari kamu wahai Ahlul bait dan membersihkanmu sebersih-bersihnya."
Buku ini menyoroti sisi tertentu dari kehidupan Ummahatul Mukminin, iaitu mengenai manhaj (prinsip beragama), pola fikir, sarana (kaedah), dan fiqih dakwah mereka serta pengaruh ke-empat-empat perkara tersebut terhadap kejayaan dakwah. Secara terperinci dan sistematis disebutkan satu persatu pola, manhaj, sarana, dan pengaruh dakwah isteri-isteri Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam yang berjumlah 11 orang tersebut disertai keutamaan, kedudukan, dan peranan masing masing dalam dakwah Islam.
Buku ini tentu sangat bermanfaat bagi para juru dakwah dan para pendidik serta akan memberikan inspirasi baru kepada mereka dalam dunia dakwah dan pendidikan. Ia juga turut memiliki peranan penting dalam mendidik pemikiran ibu-ibu, para isteri, dan para wanita di luar sana secara umum. Padanya memiliki contoh tauladan yang agung dan mulia.
2 Jilid Lengkap
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.