Publisher:
Pustaka at-Tazkia
Price:
Weight:
2.5kg
Description:
Islam sentiasa mendorong umatnya agar berlumba-lunmba dalam melaksanakan amal kebaikan. Pintu kebaikan terbentang begitu luas sekali bagi mereka yang sentiasa menjaga kualiti amalannya dengan baik. Sebahagian dari kebaikan tersebut mungkin sedia diketahui oleh kaum muslimin tetapi mungkin sebahagian yang lainnya ada yang masih tidak diketahui. Inilah yang sering menjadi masalah dalam kalangan masyarakat ketika ini, iaitu ketidak-tahuan terhadap sebahagian besar ajaran agama Islam itu sendiri.
Bagaimana kita mampu mengharap sebuah kebangkitan dan keanjalan sekiranya masyarakat Islam itu sendiri masih jahil dan jauh dari intipati ilmu-ilmu Islam?
Keduanya, berkaitan keautentikan atau kesahihan sumber ajaran Islam itu sendiri. Kesahihan sebuah sumber adalah ibarat harga mati bagi ajaran Islam. Tidak mungkin sebuah ajaran yang benar didasarkan pada sumber-sumber yang tidak diketahui asal-usulnya dan tidak diketahui tahap keasliannya.
Buku ini merupakan salah satu bentuk usaha menyampaikan Islam secara asli dan penuh kehati-hatian. Sebagaimana diketahui, hadis-hadis tentang keutamaan amal (fadhail amal) terlalu banyak yang palsu (maudhu') dan lemah (dhaif).
Kitab ini sangat menarik untuk dibaca dan diamalkan oleh umat Islam bersesuaian dengan manhaj salafush soleh, kerana:
1 - Tema Fadhail Amal adalah tema yang sangat sinonim dengan hadis-hadis maudhu' dan dhaif, bahkan ada beberapa bentuk karya yang khusus membahaskan persoalan ini kurang memberi perhatian terhadap kualiti hadis-hadisnya sama ada sahih, lemah, atau maudhu'.
2 - Masyarakat awam pada hari ini amat menggemari persoalan-persoalan berkaitan fadhilat-fadhilat amalan sehingga banyak kita saksikan banyak amal-amal yang tidak ada sumbernya sama sekali direka-cipta bagi meraih sesebuah fahilat dan keutamaan.
Akhir sekali, perlu kita fahami dengan baik adalah - Masalah menentukan sesuatu fadhilat (keutamaan) bagi seseuatu amalan haruslah berdasarkan kepada petunjuk yang sahih dari al-Qur'an dan hadis-hadis yang sahih, bukan berdandaskan kepada hadis palsu, cakap-cakap orang, perasaan, apatah lagi pertimbangan akal atau hawa nafsu.
More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/
Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.