Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Sunday, November 13, 2011

483 - Shahih Tarikh ath-Thabari

Shahih Tarikh ath-Thabari


Title:
Shahih Tarikh ath-Thabari
Judul Asli: Shahih Tafsir ath-Thabari li Imam Abi Ja'far B. Jarir ath-Thabari

Author:
Abu Ja'far B. Jarir ath-Thabari
Tahqiq, Takhrij, dan Ta'liq oleh Muhammad B. Thahir al-Barzanji

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM410

Weight:
4kg

Description:

Ini adalah terjemahan kitab Tarikh al-Umam wa al-Muluk yang merupakan nama lain bagi kitab Tarikh ath-Thabari. Kitab Tarikh al-Umam wa al-Muluk inilah antara yang menjadikan nama imam ath-Thabari rahimahullah (Wafat: 310H) cukup dikenali, reputasinya berkilau, namanya disebut di lipatan-lipatan sejarah Islam. Nama beliau harum sebagai salah seorang ahli sejarah terkemuka.

Al-Hamawi rahimahullah mengatakan, “Kitab ini merupakan kitab yang tiada tanding taranya di dunia, sama ada dari segi keutamaan ataupun kemasyhuran. Kitab ini mengandungi ilmu yang sarat, sama ada ilmu berkaitan dunia ataupun agama. Dan pada awalnya, ketebalan kitab ini adalah sekitar 5000 lembaran lebih.” (Mu’jam al-Adibba’, 18/70)

Kitab ini memiliki keududukan yang tinggi dalam bab penulisan dan periwayatan sejarah Islam di tiga abad Hijriah yang pertama. Kitab ini juga dianggap sebagai rujukan paling terpercaya sekaligus menduduki urutan teratas dalam deretan buku-buku sejarah lainnya.

Selain itu, beliau juga dikenali sebagai ulama Tafsir yang mengemukakan methode tafsir dengan riwayat-riwayat tafsir dari sejumlah besar perkataan para salaf. Dan kitab Tafsir beliau yang cukup terkenal adalah Jami’ al-Bayan fi Ta’wil al-Qur’an, atau lebih dikenali sebagai Tafsir ath-Thabari.

Imam ath-Thabari rahimahullah memulakan perbahasan kitab Tarikh-nya ini dengan persoalan waktu dan definisinya. Kemudian beliau menjelaskan tentang penciptaan waktu, sifat-sifat waktu, makhluk terawal diciptakan, malam dan siang, penciptaan iblis, dan seterusnya tentang penciptaan Adam ‘alaihis salam. Beliau turut membahaskan sejarah di zaman Adam ‘alaihis Salam, bagaimana Adam dan Hawa diturunkan ke bumi, Kisah Adam di Syurga, kehidupan dan kematiannya di dunia, dan kisah-kisah setelah itu.

Seterusnya beliau meneruskan perbahasannya tentang sejarah dan kisah-kisah kehidupan para raja dan para Nabi dari Adam, Idris, Syu’aib, Yusuf, keluarga Ya’qub, Yusya’, Sulaiman, Zakariya, dan seterusnya sehinggalah kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam.

Dalam perjalanan kisah hidup para Nabi, beliau turut memuatkan sejarah dan kisah-kisah kehidupan kaum-kaum yang disebutkan dalam al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi seperti kaum Tsamud, kaum ‘Aad, kaum Yahudi, pengikut ‘Isa, bangsa parsi, bangsa Romawi, dan kaum ‘Arab, Jurhum, Thasam Jadi, Keturunan Ismail, dan Quraisy.

ath-Thabari menceritakan secara lengkap bagaimana saat kelahiran Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam, keadaan masyarakat ‘Arab sebelum datang Islam, keadaan sekitar Makkah dan Madinah, kemudian detik-detik kelahiran Nabi, keturunannya atau nasabnya, moyang dari datuk dan neneknya, pernikahan beliau, anak-anak dan juga isteri-isterinya di saat pengangkatan beliau sebagai Nabi, dakwah-dakwah beliau, peperangan yang diikutinya, dan seluruh perjalanan hidupnya serta para sahabatnya.

Kemudian ath-Thabari melanjutkan dengan kisah-kisah dan sejarah yang berlaku di era para Khulafa’ ar-Rasyidin, peperangan dan penaklukan yang berlaku ketika itu, dan kemudian diteruskan dengan kisah-kisah dan sejarah di zaman para khalifah dari bani Umayyah dan bani ‘Abbasiyah.

Kitab ini mencakupi sejarah-sejarah dunia, dari awal mula penciptaannya sehingga ke era tahun 302H/915M. Beliau menghentikan penulisan kitabnya ini sekitar tahun 303H.

Methode Shahih ath-Thabari

Secara ringkasanya, pentahqiq menjelaskan bagi edisi ini sebagaimana berikut:

1 – Penjelasan berkaitan methodologi penulisan imam ath-Thabari rahimahullah. Analisa tentang sisi positif dan negatif penulisan ath-Thabari.

2 – Analisa terhadap riwayat-riwayat sejarah yang dikemukakan oleh ath-Thabari.

3 – Syarat-syarat dan ketentuan penulsian sejarah Islam.

4 – Methodologi dan penjabaran penulisan semula sejarah-sejarah Islam.

5 – Takhrij dan analisa terhadap riwayat-riwayat sejarah yang dikemukakan oleh ath-Thabari dengan menjelaskan statusnya sama ada yang sahih atau dhaif.

6 – Ta’liq dan komentar pada nota kaki.

7 – Penjelasan berkaitan nama-nama dan butir perawi bagi kitab Tarikh ath-Thabari.

Pujian Para Ulama Terhadap Imam ath-Thabari rahimahullah

Imam as-Subki rahimahullah mengatakan, “Abu Ja'far ath-Thabari adalah seorang ulama yang pandai dan mujtahid. Dia berasal dari kota Amal di ath-Thabaristan. Dia adalah salah seorang ilmuwan bagi seluruh dunia, sama ada dalam soal agama ataupun ilmu pengetahuan umum. Beliau lahir pada tahun 224H atau 225H. Beliau telah mengunjungi pelbagai kota dan negeri hanya untuk menuntut ilmu.” (Thabaqat asy-Syafi’iyah al-Kubra, 3/122)

al-Hafiz adz-Dzahabi rahimahullah mengatakan bahawa, “Beliau adalah seorang ulama yang tiada tanding taranya, beliau adalah seorang penghafal dengan daya ingatan yang cukup tinggi, dan beliau juga adalah seorang penulis yang telah menulis begitu banyak buku. Beliau berasa dari Amal, ath-Thabaristan ini sering melakukan perjalanan untuk menambah ilmunya.” (Tadzkirah al-Huffaz, 2/710)

al-Hafiz Ibnu Asakir rahimahullah ketika menuliskan biografi ath-Thabari, beliau mengatakan bahawa ath-Thabari adalah seorang ulama yang menulis sejumlah buku cukup masyhur. (lihat: Tarikh Dimasyq, 52/188, no. 6160)

Ibnu Asakir juga menyebutkan sebuah riwayat dengan sanad yang bersambung hingga Abu Sa’id B. Yunus, beliau berkata, “Muhammad B. Jarir B. Yazid yang dikenali sebagai Abu Ja’far ath-Thabari adalah seorang yang faqih (ahli dalam ilmu fiqh) yang berasal dari kota Amal. Pada tahun 263H beliau datang ke Mesir dan mula menulis buku. Kemudian beliau pergi ke Baghdad dan menghasilkan buku yang lebih banyak lagi dan lebih mengagumkan. Se-akan-akan buku-buku tersebut memperlihatkan betapa luasnya ilmu yang dimiliki oleh ath-Thabari. Di kota itulah ath-Thabari meninggal dunia, iaitu pada sekitar sepuluh hari terakhir di bulan Syawal tahun 310H.” (lihat: Tarikh Dimasyq, 52/191)

Total Pages:
5 Jilid Lengkap

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.