Publisher:
Pustaka Azzam
Price:
Weight:
30kg
Description:
Di antara unsur-unsur istimewa dan terpenting dalam methodologi Tafsir ath-Thabari ini adalah ketika meneliti setiap tema perbahasannya yang bertumpu kepada pendapat-pendapat (atau methode tafsiran) yang dikuatkan dengan sanad-sanad dari ayat, hadis dan atsar-atsar para salaf pada setiap ayat al-Qur’an, sehingga buku ini mencakupi seluruh pendapat yang ada dari kalangan salaf. Sekaligus menjadi penjelas bahawa Tafsir beliau ini adalah Tafsir bil matsur yang mengemukakan methode tafsiran ayat berdasarkan hadis-hadis dan kefahaman para salaf dari kalangan sahabat, tabi'in, dan tabi'ut tabi'in.
Imam ath-Thabari rahimahullah begitu bersungguh-sungguh dalam menjelaskan setiap perkara tersebut. Perkara ini dapat dilihat dari setiap bahagian kitabnya, di mana beliau meneliti dengan sangat sabar setiap hadis-hadis dan atsar yang menyentuh penafsiran ayat al-Qur’an tanpa pernah lalai menjelaskan asbabun nuzul-nya (sebab turunnya), hukum-hukum, qira'at, dan beberapa kalimat yang maknanya perlu kepada penjelasan terperinci. Semua ini beliau lakukan dalam rangka menghasilkan kitab tafsir yang sempurna. Tidak menghairankanlah apabila hasil tafsir ini cukup besar dengan cetakan yang berjilid-jilid.
Dalam edisi tahqiq ini, ia dibukukan dari manuskrip yang disemak dan diteliti oleh Syaikh al-Muhaddis Ahmad Muhammad Syakir dan Syaikh Mahmud Muhammad Syakir rahimahumallah.
Imam as-Suyuthi rahimahullah setelah mendalami perkembangan kitab-kitab tafsir dan tingkatan-tingkatan para Ahli tafsir semenjak disiplin ilmu ini ditulis maka ketika beliau sampai kepada satu peringkat kesimpulan, beliau pun meletakkan tafsir ath-Thabari pada tingkatannya yang tersendiri.
Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah mengatakan, "Adapun kitab-kitab tafsir yang beredar di tangan orang yang paling benar adalah karya Ibnu Jarir ath-Thabari. Beliau menyebutkan perkataan-perkatan para salaf dengan sanad-sanad yang kuat, tidak ada bid’ah di dalamnya dan tidak meriwayatkan hadis dari orang-orang yang diragukan seperti Mukatil B. Sulaiman dan al-Kalbi.” (Majmu al-Fatawa Ibnu Taimiyah, 2/227-228)
al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) yang merupakan anak murid kepada Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah adalah tokoh dalam bidang tafsir yang telah mengambil banyak manfaat dari Tafsir ath-Thabari ini sekaligus menghasilkan ringkasan dan menambahkan banyak manfaat berkaitan dangan hadis, fiqh, ushul, sejarah, dan beberapa yang lainnya yang bermanfaat yang kemudian dikenali sebagai Tafsir Ibnu Katsir (Tafsir al-Qur'an al-Adzim).
Imam adz-Dzahabi rahimahullah berkata, "Inilah tafsir seorang Imam dalam ayat-ayat yang berbicara tentang sifat-sifat Allah yang dipenuhi dengan perkataan para Salaf yang menetapkannya bukan yang menafikannya, dan tidak mentakwilkannya dan Dia (Allah) tidak menyerupai makhluk selama-lamanya." (Siyar A'lam an-Nubala', 14/280)
More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/
Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.