Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Thursday, March 29, 2012

543 - Zuhud Cahaya Qalbu

Zuhud Cahaya Qolbu


Judul Buku:
Zuhud Cahaya Qolbu

Pengarang/Penulis:
Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah
(Wafat: 241H)

Penerbit:
Darul Falah

Harga:
RM50

Berat Buku:
700g

Keterangan/Sipnopsis:

Tahukah anda apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan zuhud? Adakah dengan menjauhi kekayaan dan urusan duaniwi. Ataukah dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada hal-ehwal solat, puasa, solat-solat sunnah, dan meninggalkan hal-ehwal perniagaan serta dagangan? Adakah orang kaya berharta tidak layak dinamakan zuhud. Apakah zuhud itu milik orang yang miskin, rumahnya kecil, dan yang bajunya lusuh?

Lalu apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan zuhud? Bagaimanakah Nabi menjelaskan tentang maksud zuhud? Bagaimana pula zuhud yang benar yang diamalkan oleh para sahabat Nabi, bagaimana zuhud yang difahami oleh para ulama generasi awal dari kalangan ahli sunnah wal-jama'ah?

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) pernah mengatakan, “Zuhud yang bertepatan dengan Syari'at adalah meninggalkan segala sesuatu yang tidak bermanfaat di akhirat dan hatinya yakin serta percaya dengan apa yang ada di sisi Allah Ta'ala.”

Malah sebahagian ulama seperti al-Hafiz Ibnu Rejab rahimahullah menegaskan bahawa zuhud tidak akan dapat dilihat melalui pengakuan lisan, kerana zuhud itu terdapat di dalam hati.

Untuk lebih jelas dan cerah lagi, rungkailah sendiri apa yang dimaksudkan dengan kalimat zuhud berdasarkan apa yang dihimpunkan oleh ulama hadis ulung ahli sunnah wal-jama'ah ini, iaitu imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah dalam bukunya berjudul, az-Zuhud.

Beliau menghimpunkan maksud dan kriteria zuhud di sisi ahli sunnah dengan mengemukakan contoh-contoh zuhud para Nabi, contoh-contoh amal kezuhudan yang diungkap oleh Rasulullah, dan peribadi para sahabat tentang amalan kezuhudan mereka dalam menjalani kehidupan beragama ini. Selamat menela'ah!

Jumlah Muka Surat:
417 m/s.

Maklumat Pesanan:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok sebelum urusan bayaran dibuat. Layari - http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Belian dan Bayaran:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.