Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Saturday, March 31, 2012

551 - Buku Poket Tuntunan Praktis Solat Berjama'ah

Buku Poket Tuntunan Praktis Solat Berjama'ah


Judul Buku:
Buku Poket Tuntunan Praktis Solat Berjama'ah
Judul Asli: Diringkaskan dari perbahasan bab solat berjama'ah dalam kitab Shahih Fiqih Sunnah

Penulis:
Abu Muhammad Ibnu shalih B. Habullah

Penerbit:
Pustaka Ibnu 'Umar

Harga:
RM3
Diskaun 30% untuk belian 50 unit ke atas

Berat Buku:
kurang 100g

Keterangan Kandungan:

Buku bersaiz poket yang mudah dibawa ke mana-mana dan amat sesuai untuk sebaran dalam kuantiti banyak. Sesuai dijadikan hadiah di majlis-majlis, cenderahati, infaq, risalah sebaran masjid, dan seumpamanya.

Buku bersaiz poket ini menjelaskan tentang tuntunan praktikal solat berjama'ah bermula dari sudut hukum-hakamnya baik bagi lelaki mahupun wanita, kemudian diikuti dengan syarat-syaratnya, udzur yang dibenarkan untuk tidak solat berjama'ah, adab-adabnya, keutamaannya, solat-solat sunnah yang dilakukan di masjid, hukum hakam imamah (imam), hukum hakam makmum, adab-adab saf ketika solat, sutrah atau penghadang ketika solat, hukum-hakam masbuk, amalan-amalan setelah solat, dan beberapa lagi yang lain sekitar isu teknikal dan permasalahannya.

Jumlah Muka Surat:
62 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.