Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Thursday, March 29, 2012

546 - Sembuh Dengan Satu Titik Bekam

Sembuh Dengan Satu Titik


Judul Buku:
Sembuh Dengan Satu Titik

Penulis:
Dr. Wadda' A. Umar

Penerbit:
al-Qowam

Harga:
RM24

Berat Buku:
400g

Keterangan Kandungan:

Memasang gelas bekam, lalu mengeluarkan darah dari kulit seseorang pesakit bukan masalah yang rumit bagi kebanyakan orang! Tetapi, bukan hanya ini kepakaran yang diperlukan oleh juru bekam.

Banyak perspektif lain yang harus difahami sama supaya seseorang mampu menjadi pakar dalam kaedah rawatan yang dicadangkan oleh Nabi sebagai salah satu konsep pengubatan terbaik ini. Buku Sembuh dengan Satu Titik, yang ada di tangan anda ini antara rujukan yang baik dalam mendukung asas-asas keahlian dalam bidang rawatan perbekaman.

la membantu para pembaca untuk memahami tentang kaedah-kaedah perbekaman, metode menangani pesakit, dan bagaimana untuk menentukan titik-titik bekam yang efektif. Setiap jenis penyakit, diberikan cadangan penyelesaian titik-titik yang seharusnya dibekam.

Titik-titik bekam di bahagian dada dan perut, punggung, serta kepala dihuraikan beserta fungsi pengubatannya. Titik-titik bekam Nabi pun dipaparkan lengkap dengan fungsi pengubatan dan gambarnya. Yang lebih penting, melalui buku ini, Dr. Wada A. Umar rnenjelaskan bahawa ternyata satu titik bekam, dengan izin Allah, mampu menyembuhkan penyakit. Semoga, dengan memahami buku ini, Anda mampu memahami dan nanti mungkin mampu mempraktikkan terapi bekam secara benar dan profesional.

Amat sayang kalau kaedah perubatan anjuran Nabi ini diabaikan dan tidak diambil manfaatnya oleh kalangan umat Islam hari ini. Sedangkan pelbagai jenis penyakit berbahaya mampu dipulihkan dengan bantuan rawatan perbekaman yang dilaksanakan berpandukan sunnah-sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Kosnya murah, selamat, dan sudah tentu berpahala kerana berusaha megikuti sunnah...

Jumlah Muka Surat:
258 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok. Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.