Buku Poket Do'a & Dzikir Ibu Hamil
Judul Buku:
Buku Poket Do'a & Dzikir Ibu Hamil
Penulis:
Abu Muhammad Ibnu Shalih B. Hasbullah
Penerbit:
Pustaka Ibnu 'Umar
Harga:
RM4
Diskaun 30% untuk belian 50 unit ke atas
Berat Buku:
50g
Keterangan Kandungan:
Buku kecil dan padat dengan maklumat ini menerangkan dzikir-dzikir dan doa-doa yang sesuai dibaca dan diamalkan oleh para ibu bermula dari saat memohon hamil, pada fasa kehamilan, dan sehingga fasa melahirkan.
Pada bahagian pertama buku ini, penulis menjelaskan hukum bacaan wirid bagi ibu hamil dan di saat melahirkan. Ia menjelaskan beberapa bentuk ijtihad ulama berkaitan hal ini. Pada bab kedua, penulis membentangkan doa-doa dan dzikir-dzikir yang sesuai dibaca bagi para ibu-ibu hamil dan yang hendak melahirkan bersesuaian dengan sunnah. Pada bab ketiga pula, penulis menjelaskan doa-doa dan dzikir-dzikir yang sesuai dibaca ketika para ibu-ibu merasa sakit akibat kehamilan dan ketika hendak bersalin.
Turut dibahaskan dalam risalah ini adalah nasihat-nasihat penting bagi para ibu berkaitan adab-adab berdoa dan berdzikir.
Buku ini bertepatan dengan saiznya yang kecil dan mudah dibawa, maka amatlah sesuai sekiranya ia dijadikan sebagai buku saku untuk dibawa ke mana-mana khasnya bagi para ibu. Sesuai juga untuk dijadikan sebagai hadiah, cenderahati, bahan sebaran umum, risalah sebaran di hospital-hospital atau rumah-rumah bersalin, dan kepada mana-mana individu yang memerlukan lagi dapat dimanfaatkan.
Semoga ia dapat membantu meningkatkan motivasi ibu-ibu dan para wanita di fasa-fasa kehamilan dan melahirkan sang buah hati. Sekaligus memperkukuhkan lagi ikatan kebergantungan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam apa jua keadaan.
Jumlah Muka Surat:
58 m/s.
Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.
Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/
Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).
Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.