Buku Poket Amalan Harian Seorang Muslim
Judul Buku:
Buku Poket Amalan Harian Seorang Muslim
Penulis:
Abu Muhammad Ibnu Shalih B. Hasbullah
Penerbit:
Pustaka Ibnu 'Umar
Harga:
RM3
Diskaun 30% untuk belian 50 unit ke atas
Berat Buku:
38g
Keterangan Kandungan:
Buku bersaiz kecil ini amat sesuai dijadikan sebagai panduan dan motivasi dalam meningkatkan kualiti amal-amal soleh kita seharian. Buku ini padat diisi dengan bimbingan amal-amal harian sebagaimana yang disunnahkan dan memiliki ganjaran pahala besar dari Allah Ta'ala sama ada amal-amal berkaitan hubungan terhadap Allah atau berkaitan hubungan sesama manusia.
Semoga amal-amal yang kita laksanakan bersesuaian dengan saranan Al-Qur'an dan As-Sunnah agar ia membuahkan pahala dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam Al-Qur'an menyebutkan, "Sesiapa yang melaksanakan amal-amal soleh, sama ada lelaki atau pun perempuan dan ia dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya ia akan kami kurniakan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka lakukan." (Surah An-Nahl, 16: 97)
Di antara bentuk-bentuk amal dan fadhilat-fadhilat amal yang dibentangkan dalam buku kecil lagi bermaklumat ini adalah seperti kepentingan niat, keutamaan dakwah, mendidik anak-anak, menuntut ilmu, mendoakan kaum muslimin, taubat, dzikir harian, solat dan ibadah di malam hari, keutamaan memberi makan, keutamaan membaca dan memahami Al-Qur'an, siwak, berwudhu', melaksanakan solat fardhu berjama'ah, merapikan saf-saf solat, melaksanakan dan menjaga solat-solat sunnah, keutamaan akhlak yang baik, menjalinkan ukhuwah, berbuat baik kepada kaum keluarga, berdoa, dan banyak lagi lainnya.
Semoga asas-asas amal yang dibawakan buku ini mampu dilakukan dengan istiqomah. Agar ia membuahkan pahala dan ganjaran besar di akhirat dari sisi Allah Ta'ala.
Jumlah Muka Surat:
64 m/s.
Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.
Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/
Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).
Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.