Penjelasan Hadits-hadits Hukum
Judul Buku:
Penjelasan Hadits-hadits Hukum
Judul Asal: Tanbihul Afham Syarh 'Umdatul Ahkam
Penulis:
Syaikh Muhammad B. Soleh Al-'Utsaimin rahimahullah
Penerbit:
Griya Ilmu
Harga:
RM68
Berat Buku:
1.25kg
Keterangan Kandungan:
Dalam menjalani ajaran Islam, tentu kita perlu merujuk kepada hukum-hakam yang telah diturunkan oleh Pembuat Syariat, iaitu Allah 'Azza wa Jalla. Hukum-hukum ini telah disampaikan oleh Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam berupa al-Quran dan hadis-hadis yang kemudian dijelaskan oleh para ulamanya sehingga mampu difahami dan diamalkan oleh umat.
Sungguh amat berbeza orang-orang yang mengamalkan kehidupan dan agamanya dengan ilmu dan tanpa ilmu. Bukankah Allah telah berfirman: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” (Surah az-Zumar: 9)
Buku ini adalah penjelasan, syarah, dan huraian hadis-hadis yang terdapat dalam kitab "'Umdatul Ahkam min Kalam Khairil Anaam" karya Al-Hafiz Abu Muhammad 'Abdul Ghani B. 'Abdurrahman Al-Maqdisi yang disusun oleh Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin rahimahullah. Kitab syarah ini padat berisi huraian penjelasan hadis-hadis hukum Islam bagi perbahasan Thaharah (bersuci), Solat, Zakat, Shaum, dan Ibadah Haji. Paparan yang tersusun tertib di dalamnya amat memudahkan para pembaca dan penuntut ilmu dalam mencari dalil-dalil hukum. Penjelasan kosakata, asbabul wurud (sebab keluarnya hadis), disertakan biografi nama-nama yang disebut dalam hadis menambahkan lagi nilai istimewa buku ini, tidak sekadar terletak sebatas huraian hadis-hadisnya.
Semoga setelah membaca dan mengamalkan isi buku ini, pembaca dapat merasakan bertambahnya rasa khusyu' dalam beribadah seiring dengan bertambahnya pengetahuan terhadap dasar-dasar hukumnya. Selamat menela'ah.
Jumlah Muka Surat:
741m/s.
Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.
Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/
Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).
Sebaik bayaran dibuat; Sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.