Halal Haram Dalam Bisnis Kontemporer
Dr. Sa'id Abdul Azhim
Publisher:
al-Qowam
Price:
RM26
Weight:
300g
Description:
Pada ketika ini pelbagai bentuk/model perniagaan telah tumbuh berkembang seiring dengan kemajuan zaman yang penuh dengan pelbagai kemudahan/fasiliti canggih. Sesuatu yang asalnya sukar diusahakan, kini telah menjadi begitu mudah dilaksanakan. Ironinya, banyak di antara umat Islam yang tidak begitu ambil peduli terhadap hukum-hakam ahal/haram berkaitan dengan perniagaan yang banyak dijalankan dan dipraktikkan ini. Sama ada mungkin mereka tidak tahu (jahil) atau sengaja mengabaikannya. Untuk itu, kepada sesiapa yang masih sangat mementingkan iman, prinsip-prinsip agama, dan keredhaan Allah dalam melakukan segala urusannya, maka sepatutnya ia mengambil tahu persoalan tersebut yang ia bergelumang dengannya.
Dengan itu, buku ini pun tamil membantu membentangkan dan menghuraikan pelbagai bentuk perniagaan masa kini (kontemporari) berserta dengan hukum-hukumnya dari sudut pandangan agama. Buku ini tampil memberi perincian antaranya dalam soal perniagaan insurans, pasaran dan jual/beli saham, perdagangan organ tubuh manusia, kredit card, menabung di perbangkan konvensional, hukum berkaitan gadaian, broker atau orang tengah, jual beli emas, hukum jual beli alat kosmetik, hukum menggunakan gaji isteri, cukai perniagaan, kupon undian, hadiah peraduan dan persamaannya dengan perjudiaan, serta beberapa lagi yang lainnya. Buku ini dilengkapi dengan fatwa para ulama yang diperakui berkaitan setiap topik yang dibincangkan.
Total Pages:
248 m/s.
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.