Mutiara Ahli Dzikir (Tuhfatudz Dzakirin)
Imam Ibnul Jaza'iri
Publisher:
Pustaka Azzam
Price:
RM100
Weight:
1.5 kg
Description:
Hidup ini penuh dengan ujian dan cabaran, tidak semua yang dirancang akan berjaya dan tidak semua impian boleh diperolehi. Demikianlah warna-warna kehidupan yang dihadapi oleh manusia, di antara kebahagiaan dan kesedihan, kesusahan dan kesenangan, kemiskinan dan kekayaan, kesihatan dan sakit. Sekiranya perkara ini dapat kita hayati dan selami, maka sudah pasti kita akan mengerti, di sana ada Rabb, Tuhan Yang Maha pencipta dan menguasai. Kepada-Nya lah kita berdoa, berharap, dan memohon petunjuk. Kepada-Nya-lah kita bergantung dan sentiasa berdzikir.
Dengan mengingati-Nya, yang kaya tidak akan terlena, yang miskin tidak akan bersedih, yang duka tidak akan putus-asa, dan yang mendapat nikmat akan sentiasa bersyukur. Berdzikir bererti menghidupkan jasad, menenangkan jiwa, memotivasikan rohani, menjernihkan fikiran, menajamkan mata dan pandangan, mendekatkan diri kepada Allah, dan jalan meraih kedudukan yang mulia di sisi Allah.
Buku ini adalah di antara buku-buku yang memuatkan hadis-hadis berkaitan persoalan dzikir dan penjelasannya. Pelbagai konsep dzikir dan doa disentuh oleh buku ini. Termasuk di dalamnya adalah kepelbagaian lafaz-lafaz dzikir yang boleh diamalkan sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah kepada umat Islam. Kemudian buku ini memuatkan pula takhrij oleh imam asy-Syaukani yang menjadikan kita lebih yakin untuk beramal dengannya. Maka, semoga buku ini mampu menjadi pendamping buat kita dalam berdzikir dan berdoa.
Total Pages:
1016 m/s.
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.