Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Tuesday, November 23, 2010

323 - Syarah Hadis Hukum Bukhari Muslim

Syarah Hadis Hukum Bukhari Muslim
Taisiirul 'Allam Syarah 'Umdatul Ahkam


Title:
Syarah Hadis Hukum Bukhari Muslim
Judul Asal: Taisiirul 'Allam Syarah 'Umdatul Ahkam

Author:
Syaikh 'Abdullah B. 'Abdurrahman Alu Bassam

Publisher:
Pustaka as-Sunnah

Price:
RM120

Weight:
2.2Kg

Description:

Hadis-hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam merupakan sumber hukum Islam kedua setelah al-Qur'an. Dan di antara tujuh kitab hadis yang paling popular/masyhur, adalah dua kitab sahih sebagaimana yang dinilai oleh para ulama ahli hadis, iaitu Shohih al-Bukhari yang disusun oleh Abu 'Abdillah Muhammad B. Isma'il B. Ibrahim al-Bukhari (Imam al-Bukhari), dan Shohih Muslim yang disusun oleh Muslim B. al-Hajjaj B. Muslim al-Qusyairi an-Naisaburi (Imam Muslim). Hadis-hadis sahih yang dikeluarkan oleh kedua tokoh ilmuan hadis ternama tersebut sering disebut-sebut dengan rowahul Bukhari wa Muslim (diriwayatkan oleh dua Imam - al-Bukhari dan Muslim) atau muttafaq 'alaihi. Sama ada Shohih al-Bukhari atau pun Shohih Muslim, ianya memuatkan ribuan hadis, yang sangat lengkap dengan sanad serta teks hadisnya, sehinggga ia menjadi begitu tebal dan berjilid-jilid. Keadaan ini telah menjadikan ianya cukup sukar bagi sebahagian umat Islam untuk mempelajari serta menghafalnya.

Oleh itu, kehadiran kitab 'Umdatul Ahkam yang ditulis oleh 'Abdullah B. Ahmad B. Muhammad B. Qudamah B. Miqdam B. Nashr B. 'Abdullah ini, sungguh bermanfaat. Kitab yang ditulis salah seorang tokoh mazhab Hanbali di abad ke-Enam Hijrah tersebut memuatkan himpunan riwayat-riwayat terpilih daripada hadis-hadis Nabi yang paling sahih yang terdapat dalam Shohih al-Bukhari dan Shohih Muslim.

Beliau menyusunnya berdasarkan urutan bab-bab fiqh yang terdapat dalam kitab-kitab furu' (cabang), dengan mengambil pelbagai persoalan berpandukan dalil-dalil yang sahih. Ini adalah kerana hadis-hadis sahih merupakan dasar dan sendi rujukan tertinggi, dan sebagai tangga yang dinaiki oleh para penuntut ilmu yang memulakan langkahnya dalam menuju khazanah Islam yang diwariskan oleh manusia terbaik (Rasulullah Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam). Lalu kemudiannya kitab kecil ini diberikan penjelasan/syarah terhadap hadis-hadisnya oleh Syaikh 'Abdullah B. 'Abdurrahman Alu Bassam sehingga ianya menjadi begitu bermanfaat dalam membahaskan persoalan-persoalan fiqh yang ringkas dan komprehensif. Dalam edisi terjemahan, buku ini diterbitkan dengan memiliki ketebalan sehingga 1271 halaman, 420 hadis, serta memuatkan 21 kitab (bab), seperti kitab thaharah (bersuci), solat, jenazah, zakat, puasa, dan haji. Selain itu, turut memuatkan kitab mu'amalah, jual beli, riba, nikah, thalaq, li'an, susuan, hudud, sumpah dan nadzar, minuman/makanan, pakaian, jihad, pembebasan hamba dan sebagainya.

Pola penyusunan buku ini sangat menarik, ia dimulakan dengan teks hadis (berserta terjemahan), kemudian dilanjutkan dengan penjelasan lafaz-lafaz hadis yang menjelaskan pengertian kata-kata kunci dalam hadis tersebut. Setelah itu, penjelasan umum berkaitan hadis tersebut, lalu diakhiri dengan manfaat hadis, faedah hadis serta kesimpulan (sama ada berkaitan hukum , adab, dan seumpamanya). Bagi sebahagian hadis, penulis turut membentangkan perbezaan pendapat yang terjadi di kalangan ulama (sama ada yang terdahulu atau pada masanya). Pembentangan kitab ini yang dilakukan secara ringkas dan padat tetap memiliki nilai-nilai ilmiyah yang sangat komprehensif (menyeluruh) sehingga ianya bertindak sangat membantu para pembaca untuk memahami makna-makna hadis yang dibawa berserta maksudnya. Semoga kitab ini mampu memberikan manfaat yang besar berserta faedah yang optimum sebagai salah satu bahan rujukan penting, pegangan dalam beramal sehari-hari, dan juga membantu dalam menyelesaikan pelbagai persoalan fiqh/hukum.

Total Pages:
1271 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.