Imam al-Baghawi rahimahullah (Wafat: 516H), beliau adalah seorang ulama, seorang Mujtahid, juga seorang ahli dalam bidang ilmu tafsir, hadis, dan fiqih. Beliau berasal dari negeri Khurasan.
Nama lengkap beliau pula adalah Abu Muhammad al-Husayn B. Mas’oud B. Muhammad al-Farra’ al-Baghawi. Nisbah al-Baghawi nisbah kepada nama kota Bagh atau Baghshur, wilayah sekitar Parsi, iaitu antara Herrat dan Marwarud.
Kata Imam adz Dzahabi rahimahullah dalam Siyar A’lam an-Nubala’, “Beliau adalah seorang Syaikh, imam, ulama yang dijadikan ikutan, seorang yang hafiz (kuat hafalannya terhadap hadis-hadis Nabi), Syaikh ul-Islam Muhyi as-Sunnah Abu Muhammad al-Husayn B. Mas’oud B. Muhammad al-Farra’ al-Baghawi, seorang ahli tafsir pengikut madzhab asy-Syafi’i dan penulis banyak kitab seperti Syarh us-Sunnah, Ma’alim ut-Tanzil, al-Mashabih, dan kitab-kitab yang lain. Al-Baghawi digelar dengan gelaran Muhyi as-Sunnah dan Rukh ud-Din. Beliau adalah orang mulia, imam, ‘alim yang pandai, zuhud, dan orang yang redha meski hal kecil.
Beliau pernah makan roti sendirian, lalu beliau dicela kerana hal tersebut. Kemudian beliau makan dengan lauk yang berminyak. Ayahnya bekerja sebagai pembuat pakaian daripada bulu binatang dan menjualnya. Beliau dan usianya diberkahi kerana kitab-kitabnya dan mendapatkan pengiktirafan yang luar biasa kerana ketulusan niatnya.
Para ulama berlumba-lumba untuk mencapai kedudukan sebagaimana yang dicapai oleh al-Baghawi. Beliau tidak mengajar kecuali dalam keadaan suci. Beliau berpakaian sederhana. Beliau memiliki pengetahuan yang luas tentang tafsir dan fiqih.”
Di antara karya-karya beliau rahimahullah adalah:
1. Ath-Tahdzib, iaitu at-Tahdzib fii fiqh al-Imam asy-Syafi’i dalam bidang fiqih.
2. Syarh us-Sunnah, dalam bidang hadis.
3. Ma’alim ut-Tanzil atau Tafsir al-Baghawi, dalam bidang tafsir.
4. Masabil us-Sunnah.
5. Al-Anwar fii Shamai’il an-Nabi al-Mukhtar.
6. Al-Jaami’ Baina ash-Shahihayn.
7. Al-Arba’in Haditsan.
8. Majmu’ah min al-fatawa.
Dan, inilah edisi terjemahan dari kitab “Syarh us-Sunnah” karya Imam al-Baghawi rahimahullah. Dalam buku ini, beliau membentangkan hadis-hadis sahih yang beliau cantumkan dari riwayat para Imam pakar hadis yang sangat kompeten di bidangnya seperti Imam Malik, al-Bukhari, dan Muslim. Jika ada hadis yang tidak sahih (dha’if) maka beliau jelaskan sebab-sebab kedha’ifannya.
Imam al-Baghawi juga meriwayatkan hadis-hadis yang berkaitan dengan konteks ‘aqidah, dasar ilmu Islam, as-Sunnah, adab, fiqih, ilmu-ilmu hadis dan di dalamnya beliau sebutkan sama para perawinya, juga ijtihad para Sahabat dan Tabi’in dan para Imam Mujtahid tentang dasar masalah yang ada di dalamnya. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
Dengan itu, maka kitab ini pun dipenuhi dengan penjelasan tentang sunnah, mengandungi banyak ilmu-ilmu berkaitan hadis, pelbagai pelajaran dari khabar-khabar yang diriwayatkan daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berserta penjelasan-penjelasan penting dan bernilai. Beliau juga turut jelaskan perkataan-perkataan yang dilihat asing serta kandungan hukum-hakam yang ada di dalamnya.
Dari itu, kitab ini pun memiliki nilai hasil hukum-hakam fiqih di dalamnya, perbezaan pendapat di kalangan para ulama, dan hasil istinbath fiqh. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]