Berdasarkan al-Qur'an & as-Sunnah
Menyingkap Rahsia Mimpi
Mu'adz B. Ibrahim al-Barnawi
Publisher:
Darul Haq
Price:
RM20
Weight:
200g
Description:
Dewasa ini, begitu ramai umat Islam yang berlumba-lumba berusaha mencari pakar-pakar tertentu atas alasan mahu mengetahui rahsia di sebalik mimpi-mimpi yang mereka alami. Ada yang pergi menemui doktor, dukun, pawang, dan lain-lain tukang ramal yang berkaitan.
Dengan menyandarkan hasil ramalan yang diperolehi melalui para dukun, pawang dan yang selainnya, sering-kali seseorang tertipu dan merasa gelisah disebabkan sikap yang terlalu yakin dan optimis, padahal tujuan utama mereka bertanya rahsia mimpi mereka adalah untuk ketenangan dan kebahagiaan. Kesalahan dalam mengambil keputusan dalam persoalan ini mampu mendatangkan kesan dan akibat yang buruk, bukan sahaja ketenangan dan kebahagiaan yang tercabut dari sanubari, tetapi akidah pun ternoda dan mungkin terjatuh ke lembah kekafiran (syirik) kerana mempercayai perkara-perkara sedemikian.
Hanya dengan perbuatan mendatangi para dukun atau pawang (tukang ramal), telah membawanya menyelami daerah larangan dalam syariat Islam. Islam yang bersumber dari wahyu, telah membentangkan alternatif yang paling selamat, yang dapat diambil manfaatnya oleh seluruh manusia.
Jadi, bagaimanakah sebenarnya Islam menyikapi mimpi-mimpi yang dialami oleh manusia? Buku ini memuatkan 60 kaedah dan prinsip asas yang berkaitan dengan mimpi, satu-satunya buku yang secara menyeluruh dan sempurna mengulas persoalan mimpi dengan metodologi Ahlus Sunnah wal-Jama'ah. Demi menjelaskan persoalan ini dengan baik, penulis tidak ketinggalan untuk menjawab beberapa persoalan dengan jawaban-jawaban yang kukuh bagi menangkis pandangan-pandangan golongan yang menyimpang dari prinsip Ahlus sunnah wal-Jama'ah.
Walaupun nampak kecil ukurannya, buku ini sarat/penuh dengan perbahasan membedah pelbagai persoalan berkaitan mimpi. Tidak hanya berusaha memberi solusi kepada polemik rahsia mimpi, tetapi turut memberikan pencerahan seharusnya dipilih. Salah satu bab di dalam buku ini dikhususkan memberi penjelasan berkaitan kitab-kitab tadbir mimpi dan no. telefon para ulama yang dipercayai dapat dijadikan rujukan dalam urusan persoalan mimpi.
Total Pages:
216 m/s.
More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.