Fiqih Sunnah Wanita
Syaikh Abu Malik Kamal B. as-Sayyid Salim
Publisher:
Griya Ilmu
Price:
RM73 (Hard Cover)
Weight:
1.6kg
Description:
Asas dan teras kebahagiaan seseorang hamba di dalam kehidupan dunia dan akhirat adalah dengan mengetahui yang haq dari yang bathil dan mengambil (mengutamakan) yang haq dan meninggalkan yang bathil, keduanya dapat membuahkan ilmu yang bermanfaat, kemudian mengikutinya dengan amal soleh sebagai tuntutan dari ilmu tersebut.
Seseorang yang benar-benar memerhatikan keadaan persekitaran, nescaya ia akan mendapati bahawa wanita muslimah merupakan objek sasaran musuh-musuh Islam, sehingga peribadi seseorang wanita menjadi bahan eksploitasi media massa dan cetak. Malah sangat ramai dari kalangan gadis yang hanyut di dalam tipu-daya media sehingga meninggalkan dan tidak lagi mampu melihat al-Qur'an sama sekali. Sehinggalah mereka tiidak mengetahui hukum-hakam Islam.
Sebahagian besar daripada mereka (kecuali yang diberikan rahmat/petunjuk oleh Allah) tidak mengetahui hukum-hukum yang tersangat asas seperti bersuci yang merupakan syarat sahnya solat, tidak pula mengetahui hukum dan tatacara solat yang merupakan tiang dan rukun agama Islam itu sendiri. Demikianlah pula persoalan ibadah serta sekian banyak muamalah lainnya. Sebahagian besar daripada mereka terpedaya lalu disibukkan dengan gemerlapan dunia.
Semua ini, ditambah lagi dengan tidak adanya kaum wanita yang dijadikan suri tauladan (contoh) dan lemahnya semangat dalam menegakkan amar ma’ruf dan nahi munkar yang bersesuaian dengan garis-panduan Islam, serta banyaknya kerosakan juga pelbagai jenis kemaksiatan. Dari itu, persoalan berkaitan wanita ini tidak akan pernah usang untuk dibicarakan dari hari ke hari, malah akan menjadi lebih kompleks dan kritikal seiring dengan perkembangan zaman. Sedangkan kaum wanita itu adalah individu yang memainkan peranan sangat penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Dialah isteri, dialah ibu, dialah pendidik.
Maka, memberi bimbingan yang benar adalah solusi yang terbaik buat mereka. Inilah jawaban yang tepat. Walaupun pelaksanannya tidak semudah menggenggam telapak tangan. Ibarat tulang rusuk yang bengkok, maka wanita (jika tidak diluruskan) akan semakin bengkok. Namun jika dipaksakan maka akan patah pula. Oleh kerana itu, metode dakwah yang lembut dan hikmah sangat diperlukan dengan tetap meletakkannya di atas manhaj/prinsip dan fiqh dakwah yang benar lagi sahih.
Di antara salah satu kaedah dakwah kepada wanita adalah dengan menyebarkan ilmu melalui buku-buku. Terutama buku yang mudah difahami oleh mereka dari kalangan awam dan buku-buku yang sesuai dengan keperluan asas mereka. Ini adalah seperti asas-asas fiqh untuk wanita. Di antaranya inilah buku yang memberikan jawaban yang baik di dalam persoalan fiqh yang bersifat khusus untuk para wanita dengan edisi yang komprehensif karya Syaikh Abu Malik Kamal as-Sayid Salim, yang terdiri dari dua belas bab meliputi, Thaharah, solat, jenazah, zakat, sedekah, puasa, haji dan umrah, sumpah, makanan, minuman, nadzar, pakaian wanita, perhiasan wanita, pernikahan, talaq (penceraian), warisan serta pelbagai lagi lainnya yang berkaitan.
Melalui buku ini, penulis menyusun bab-bab dengan padat, sempurna, penuh maksud, dan sistematik berdasarkan urutan keutamaannya. Istilah-istilah yang dibawakan adalah mudah difahami. Setiap penjelasan dibawakan dalil sebagai penguat berserta perkataan para ulama ahlus sunnah wal-Jama'ah sekaligus menjadikan buku ini bersifat mudah tetapi sangat ilmiah. InsyaAllah, ini adalah di antara buku yang sangat baik buat para wanita di luar sana secara umumnya sebagai bekalan ilmu-ilmu asas yang sangat penting. Dan perlu diketahui, buku ini bukan sekadar untuk para wanita, tetapi para lelaki juga perlu mengambil tahu disebabkan isi-isinya yang sangat penting.
Total Pages:
671 m/s.
More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.