Shahih at-Targhib wa at-Tarhib
Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani
Publisher:
Pustaka Sahifa
Price:
RM310 (Lengkap 6 jilid)
Weight:
6kg
Description:
Bahawasanya semangat seseorang muslim untuk beribadah akan tumbuh subur apabila mereka mengetahui pahala yang dijanjikan dan betapa indahnya balasan akan mereka terima. Sebaliknya, rasa takut kepada Allah 'Azza wa Jalla akan semakin kuat apabila sseorang itu mengetahui ancaman dan dosa melakukan suatu perbuatan yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya.
Inilah di antara tujuan dari rangkaian hadis-hadis yang dibentangkan dan disusun oleh Imam al-Mundziri rahimahullah, seorang ulama besar Ahli Hadis dalam kitabnya at-Targhib wa at-Tarhib, yang merupakan sebuah kitab yang mengumpulkan hadis-hadis Rasulullah Shalallahu 'alaihi was Salam yang bersifat at-Targhib (anjuran, dorongan, motivasi, galakkan, janji pahala dan syurga) dan at-Tarhib (ancaman, peringatan, ancaman, akibat buruk dengan balasan dosa dan neraka) dalam pelbagai persoalan daripada 'Aqidah, Ibadah, Akhlak, anjuran menuntut ilmu, mendalami as-Sunnah, serta pelbagai bab lagi sehinggalah kepada Mu'amalah dan urusan kehidupan umum.
Walau bagaimanapun, dalam Kitab Imam al-Mundziri rahimahullah ini tidak semua hadis yang beliau bawakan adalah berstatus sahih dan dapat dijadikan landasan dalam setiap persoalan. Maka, oleh sebab itulah kemudiannya Syaikh al-Albani rahimahullah berusaha melakukan semakkan (tahqiq) terhadap hadis-hadisnya dan mengambil darinya hadis-hadis yang sahih serta hasan lalu meletakkannya ke dalam satu kitab khas yang tersendiri dengan judul Shahih at-Targhib wa at-Tarhib. Manakala hadis-hadisnya yang dhaif dan yang lebih teruk dari itu statusnya, beliau letakkan ke dalam kitab khas yang lain pula dengan judul Dhaif at-Targhib wa at-Tarhib. Beliau telah berusaha keras dalam usahanya melakukan penelitain, kajian hadis yang mendalam dan komprehensif yang sekaligus menjadikan buku susunan Syaikh al-Albani rahimahullah ini sebagai buku pilihan lagi alternatif di dalam susunan rujukan umat Islam dalam persoalan fadhail amal atau anjuran beramal.
Total Pages:
6 Jilid
More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.