Syaikh Abdus Salam Barjas rahimahullah
Publisher:
Pustaka at-Tazkia
Price:
RM20
Weight:
300g
Description:
Perlu diakui bahawa kehadiran penguasa dan pemimpin adalah keperluan yang amat penting dan fitrah bagi setiap manusia selaku makhluk yang hidup bermasyarakat. Ini adalah supaya kehidupan mereka berjalan dengan tersusun, bukan seperti gaya hidup makhluk di hutan rimba belantara. Bukan juga sebagaimana yang pernah berlaku di era zaman jahiliyah.
Tetapi, dalam masa yang sama, penguasa bukanlah orang yang maksum dan bebas dari segala dosa dan kesalahan. Sehingga ada pula yang zalim dan bengis! Adakah dengan demikian, penguasa yang zalim tersebut wajib dibenci, dimusuhi, dan ditentang secara emosi dan membabi-buta begitu saja. Bagaimana timbangan maslahah dan mudharatnya? Bagaimana solusi yang dianjurkan oleh sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam?
Oleh itu, buku ini menghuraikan secara terperinci tentang bagaimana berinteraksi dan bermuamalah dengan penguasa sama ada yang adil dan zalim. Memberi pencerahan kepada kita bagaimana seharusnya bersikap terhadap mereka, supaya protes, kritikan terbuka, saranan, dan nasihat yang akan kita sampaikan tidak menjadi melampaui batas-batas syara' bagi mengelakkan pelbagai kemudharatan. Buku ini mengupas isu ini berdasarkan dalil-dalil al-Qur'an as-sunnah, pandangan para ulama tafsir dan ahli hadis, ulama mazhab, dan pedoman sejarah umat Islam.
204 m/s.
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.