Ustaz Abu Abdil Muhsin Firanda
Publisher:
Pustaka Cahaya Sunnah
Price:
RM20
Weight:
250g
Description:
Sungguh, betapa banyak orang yang akhirnya kembali bersemangat, bahkan lebih bersemangat dari sebelumnya dan terdorong untuk mencapai darjat yang tinggi disebabkan sejarah yang dibacanya, disebabkan cerita yang didengarnya. Lebih-lebih lagi jika itu adalah cerita teladan yang didengarnya atau dibacanya dari orang yang hidup di zamannya.
Terkadang, jiwa tatkala diceritakan sejarah para Sahabat atau para Salafus Soleh maka jiwa tersebut akan berbisik seraya mengeluh, “Itu kan cerita orang-orang dulu? Masanya kan berbeza? Kita sekarang berada di zaman penuh fitnah, zaman di mana kita sangat bergantung dengan material… dan tentunya tidak boleh disamakan dengan zaman Salafus Soleh.”
Demikianlah, jiwa selalu mencari-cari alasan untuk boleh membenarkan kekurangan yang ada padanya. Namun, bagaimana jika cerita teladan tersebut tentang seseorang yang di zamannya? Lebih-lebih lagi, orang tersebut ternyata masih hidup dan pernah dia temui? Dan, ternyata kita boleh pula menimba ilmu daripadanya? Tentu perkara ini akan lebih membekas dan memberi nilai-nilai positif terhadap jiwa.
Inilah yang mendorong saya memberanikan diri menulis percikan pelajaran yang saya perolehi daripada salah seorang ulama di kota Madinah ketika Allah Subhanallahu wa Ta’ala memberi saya kesempatan untuk bersafar bersama beliau, Profesor Doktor asy-Syaikh Abdurrazzaq B. Abdul Muhsin al-‘Abbad al-Badr hafizhahumallahu.
Tadinya sama sekali tidak terbetik di benak saya untuk menyusun tulisan ini. Namun, sebahagian ustaz meminta saya menulis pengalaman saya bersama Syaikh Abdurrazaq. Demikian juga dengan sebahagian ikhwah, mereka meminta saya menyusun tulisan ini supaya faedahnya lebih tersebar. Permintaan tersebut tidak segera secara langsung saya tunaikan melainkan setelah berlalunya hari demi hari, dan setelah melalui banyak penilaian, akhirnya saya memberanikan diri menyusun tulisan ini.
Bukanlah maksud saya supaya para pembaca bersikap ghuluw atau memaksumkan beliau. Demi Allah, bukan itu maksudku. Kita semua tahu betapapun kedudukan dan akhlak beliau, masih banyak ulama yang lebih berhak untuk dimaksumkan; itupun jika pemaksuman itu dibenarkan syari'at. Tentunya beliau tidak boleh dibandingkan dengan para ulama hujung tombak dakwah Ahlus Sunnah di zaman ini seperti Syaikh Abdul Aziz B. Baaz, Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin, Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahumullah, dan sebagainya. Mereka lebih utama untuk dijadikan teladan.
Dan bukanlah maksud tulisan ini tidak ada lagi ulama yang masih hidup seperti Syaikh Abdurrazzaq. Tentu masih ramai ulama yang berakhlak mulia dan berilmu tinggi, bahkan mungkin lebih utama daripada beliau. Akan tetapi, masalahnya hanyalah “kesempatan”. Allah Subhanallahu wa Ta’ala telah memberi saya kesempatan untuk bersafar bersama-sama beliau. Adapun para ulama yang lain tentunya saya tidak mengetahuinya dengan terperinci.
Bukan bererti pula bahawa Syaikh tidak punya kekurangn dan kesalahan. Yang terjaga dari kesalahan hanyalah para nabi. Akan tetapi, maksud dari goresan tanganku ini adalah untuk menyebutkan keutamaan dan contoh-contoh teladan dari beliau, yang semoga dengan ini dapat menggugah semangat yang masih terpendam, atau semangat yang sedang mengendur.
Masih banyak keutamaan beliau yang tidak tercantum dalam tulisan ini. Selain kerana situasi dan keadaan, juga kerana banyak perkara yang belum aku ketahui.
Dan “jika air telah mencapai dua kolah maka tidak akan mengandungi najis,” bagaimana lagi jika mencapai jumlah yang banyak sebanyak air di lautan.
Akhirnya saya memohon kepada Allah agar menjadikan tulisan ini bermanfaat bagi para pembaca, terutama bagi penulisnya yang jauh dari akhlak dan ilmu Syaikh Abdurrazzaq. Semoga Allah mengampuniku atas dosa-dosa yang tampak mahupun yang tersembunyi. Sesungguhnya Dia adalah Tuhan Yang Maha Menerima Taubat dan Maha Sayang kepada hamba-hamba-Nya, bahkan rahmat-Nya mencakupi hamba-hamba yang penuh dosa.
Amin Ya Rabbal ‘alamin.
Demikian prolog dari buku yang berjudul “Sepenggal Catatan Perjalanan dari Madinah hingga ke Radio Rodja” yang mengisahkan tentang Mendulang Pelajaran Akhlak daripada Syaikh Abdurrazzaq al-Badr hafizahullah yang sangat menyentuh hati siapa pun yang membacanya. Membuat kita menangis diri kita kerana dengan membaca buku ini seakan kita berlumur dosa yang begitu melekat di sekujur tubuh kita. InsyaAllah dengan membaca buku yang dikarang oleh Ustaz Abu Abdil Muhsin Firanda ini dapat menjadikan kita bersemangat kembali dan lebih baik lagi untuk beribadah kepada Allah.
224 m/s.
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.