Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Wednesday, December 7, 2011

489 - Mukhtashar Minhajul Qashidin

Minhajul Qashidin
Jalan Orang-orang Yang Mendapat Petunjuk


Title:
Mukhtashar Minhajul Qashidin
Jalan Orang-orang Yang Mendapat Petunjuk
Judul Asli ('Arab): Mukhtashar Minhajul Qashidin

Author:
Imam Ibnu Qudamah al-Maqdisy rahimahullah (Wafat: 629H)

Publisher:
Pustaka al-Kautsar

Price:
RM56

Weight:
1.0kg

Description:

Kitab yang sedang anda perhatikan ini adalah sebuah kitab yang mengajak kepada anda kaedah dan prinsip dalam menyucikan jiwa. Sekaligus menyeru kita semua kepada kebersihan jiwa dalam beragama, sifat taqwa, menyelami erti adab/akhlak ada dalam pelbagai aspek kehidupan, konsep zuhud sebenar, rasa cinta yang hakiki dan haq, merawat hati serta jiwa dan sentiasa memahatkan sifat ikhlas dalam beragama. Kitab Minhajul Qashidin ini asalnya adalah sebuah kitab yang disusun sebagai alternatif kepada kitab Ihya' 'Ulumuddin (oleh Imam al-Ghazali). Ini adalah kerana kitab Ihya' Ulumuddin adalah sebuah kitab yang mengajak kepada semua itu (tazkiyatun nafs/penyucian jiwa), namun di dalamnya mengandungi pelbagai bentuk kesilapan/kesalahan dari segi pembawaan dalil dengan mengedepankan hadis-hadis yang palsu (maudhu'), dhaif, dan mauquf. Maka, apabila ini berlaku, ia akan membawa kepada banyak syubhat dan penyimpangan di dalam urusan dan tujuan asal, iaitu penyucian jiwa.

Maka, Kitab ini (Minhajul Qashidin) pun disusun oleh Imam Ibnul Jauzi rahimahullah. Dan kemudiannya diperbaiki lagi dan diberi semakkan serta tambahan oleh Ibnu Qudamah rahimahullah. Maka, inilah kitab yang sampai ke hadapan anda terjemahannya sekarang.

Di antara perbahasan yang dipersembahkan untuk anda melalui kitab ini adalah berkenaan wajibnya menuntut ilmu, keutamaan ilmu, bahaya tanpa ilmu, persoalan-persoalan asas dalam ibadah seperti penjagaan thaharah dan solat, adab-adab dengan al-Qur'an, dzikir dan doa, pelbagai himpunan adab-adab seorang muslim, hakikat ukhuwah/persaudaraan, penawar hati, ketenangan jiwa, bimbingan memperbaiki akhlak, bagaimana mengendalikan syahwat, bahaya lidah/lisan, mengawal sifat dengki dan emosi, zuhud, mendidik rasa bersyukur dan sabar, menjauhi sifat sombong, ajakkan sentiasa bertaubat, kepentingan tauhid, pentingnya niat dan kejujuran, konsep muroqobah (mendekat diri kepada Allah), tafakur, mengingati mati dan rahmat Allah, dan mencintai Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Prinsip yang dibawakan oleh penyusun kitab ini adalah dengan prinsip yang sahih lagi ilmiah berpandukan al-Qur'an, as-Sunnah, dan kefahaman yang benar di atas jalan Ahlus Sunnah wal-Jama'ah. Yang dengannya menafikan konsep penyucian jiwa (tazkiyatun nafs) yang menyimpang lagi menyesatkan yang tidak bersumberkan dalil agama yang benar dan jelas.

Total Pages:
521 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari juga, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.