Buku ini memuatkan sebuah kisah nyata menceritakan perjalanan hidup anak Adam yang sungguh mengharukan dari satu sisi, tetapi membanggakan dari satu sisi lainnya. Kisah ini adalah sebuah kisah nyata yang mengungkap keagungan cinta kasih dua insan yang beraroma Syurga, berselimut cinta kepada Sang Pencipta.
Sebuah kisah yang disusun dan dibukukan dengan tujuan agar kita semua dapat mengambil hikmah dan pelajaran darinya. Kerana banyaknya nilai-nilai perjuangan yang baik untuk diambil contoh. Di dalamnya wujud perjuangan yang sudah begitu jarang muncul dalam kehidupan umat manusia saat ini. Kisah ini dikuatkan dengan nilai-nilai islami yang baik dan mulia. Di dalamnya disulami dalil-dalil yang menguatkan setiap tindakan yang ditempuh oleh watak utamanya, Rizqan.
Rizqaan, tokoh utama dalam kisah ini, seorang pemuda contoh, dari segelintir umat manusia yang secara apik dianugerahi kekuatan dalam menjalani setiap takdirnya, yang teramat berat dan sakit menyayat, namun begitu penuh hikmah nan harum. Personalitinya indah memikat.
Dalam sebuah hadis dinyatakan, “Aku mengagumi seorang mukmin. Bila mendapat kebaikan dia memuji Allah dan bersyukur. Bila ditimpa musibah dia memuji Allah dan bersabar. Seorang mukmin diberi pahala dalam segala perkara walaupun dalam sesuap makanan yang diangkatnya ke mulut istrinya.” (Riwayat Ahmad dan Abu dawud)
Rizqan adalah seorang pemuda soleh, yang berjuang keras menyelamatkan diri dari fitnah hidup membujang. Kerana takutkan fitnah membujang, maka beliau mengambil keputusan untuk segera menikah.
Dengan segala keterbatasan yang ada, belanja pun belum ada, pekerjaan pun tidak punya.
Manakala Halimah pula adalah pemudi yang tidak kurang solehahnya, puteri pak Rozaq, seorang usahawan kaya-raya. Halimah telah menjadi pilihan Rizqan untuk dipinang sekaligus dinikahi.
Walaupun dari keluarga yang sekadar apa adanya, sebagai muslim yang tegar, dia tidak gentar menemui keluarga Halimah untuk masuk melamar. Terkesan dengan semangat hati yang nekat, beliau teruskan. Tetapi begitulah, selama itu adalah kebenaran yang diyakininya, pantang bagi Rizqan untuk menarik langkahnya.
Keunikan kisah ini, bermula di kala Pak Rozaq hendak menikahkan mereka berdua....
Selamat membaca dan menuai hikmah dari sebuah kisah nyata dua insan ini.