Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Sunday, December 11, 2011

494 - Minhajul Muslim, Konsep Hidup Ideal Dalam Islam

Minhajul Muslim
Konsep Hidup Ideal Dalam Islam


Title:
Minhajul Muslim, Konsep Hidup Ideal Dalam Islam
Judul Asli ('Arab): Minhajul Muslim

Author:
Syaikh Abu Bakar Jabir al-Jaza'iri

Publisher:
Darul Haq

Price:
RM80

Weight:
2.0 kg

Description:

Kesempurnaan Islam tergambar dalam disiplin syari'atnya yang tesusun indah dan lengkap. Ia mencakupi pelbagai aspek kehidupan manusia dari yang kecil sehingga yang besar dan rumit. Islam menyentuh setiap aspek dari aqidah, ibadah, akhlak, mu'amalah, dan banyak lagi yang lainnya. Cuma sedikit mengecewakan, hanya sedikit manusia dan umat Islam sendiri yang mengambil dan mengenali Islam dari sumbernya yang benar, iaitu al-Qur'an dan as-Sunnah.

Dan setiap satu-satu buku tertentu tentang Islam juga biasanya tidak menyentuh keseluruhan aspek Islam itu sendiri, tetapi hanya menyentuh dan memfokuskan satu bahagian agama Islam sahaja bagi satu masa atau dalam satu buku tertentu. Di sisi yang pula, kita boleh menemukan buku yang lengkap membahaskan tentang Islam ini, tetapi ketebalannya pula mencecah berjilid-jilid. Tidak mudah untuk kita temukan sebuah karya tulis yang memberikan gambaran tentang agama Islam ini secara utuh dan menyeluruh tetapi tersusun dalam bentuk yang ringkas dan padat.

Buku yang sedang anda tatap ini adalah di antara bentuk karya tulis yang sedikit jumlahnya tentang apa yang dimaksudkan. Penulis berusaha menjelaskan ajaran agama ini dari aspek aqidahnya, soal keimanannya, ibadahnya, adab dan akhlaknya, sehinggalah kepada mu'amalah kehidupan dengan begitu menyeluruh tetapi tersusun dalam penjelasan yang padat dan ringkas tanpa mengenepikan aspek pendalilan dari al-Qur'an dan as-Sunnah. Sehingga setiap pembaca yang memerlukannya akan dapat menela'ah, merujuk dan memahaminya dengan mudah.

Ia ditulis oleh seorang ilmuan tersohor yang tinggal di Kota Madinah, Saudi Arabia yang pada ketika ini masih aktif menyampaikan kuliah-kuliah ilmunya di Masjid Nabawi. Buku ini begitu mendapat sambutan di pelbagai belahan negara, tersebar luas, dan telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dunia. Maka, jadikanlah buku ini sebagai rujukan dan bacaan penting di setiap rumah-rumah kita.

Total Pages:
1195 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.