Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Friday, November 9, 2012

629 - Ringkasan Kehidupan Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam


Ringkasan Kehidupan Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam


Judul Buku:
Ringkasan Kehidupan Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Penulis:
Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H)

Penerbit:
Pustaka Ibnu 'Umar

Harga:
RM14

Berat:

150g

Keterangan Buku:

Segala puji bagi Allah Rabb semesta alam yang telah meng-anugerahkan nikmat-Nya dengan mengutuskan manusia agung dan Rasul yang mulia, Muhammad Shalallahu alaihi wa Sallam. Beliau membawa risalah Islam sebagai pedoman hidup agar kita semua selamat menjalani kehidupan di dunia dan akhirat. Nikmat Islam dan iman adalah nikmat yang paling agung melebihi seluruh nikmat. Menjadikan Nabi Shalallahu alaihi wa Sallam sebagai suri tauladan dan ikutan memiliki hubungan yang sangat erat dengan keislaman dan keimanan seorang muslim. Kerana dengan mengetahui perjalanan hidup beliau, keislamannya akan semakin sempurna dan keimanannya kepada beliau akan semakin bertambah mantap.

Dengan mengenal keperibadian beliau yang agung dan akhlak beliau yang mulia, yang merupakan manifestasi dari ajaran al-Qur’an al-Karim, menjadikan seseorang tahu bahawa memang beliau-lah orang paling baik untuk diikuti.

Namun membaca kisah-kisah perjalanan hidup dan dakwah Rasulullah adakalanya memang melelahkan bagi sebahagian orang, terutamanya bagi mereka yang baru mula menuntut ilmu yang syar'i. Lebih-lebih lagi yang selalu dihambat waktu sibuk. Atas sebab itu, maka sebuah buku yang baik dalam menangani kesulitan seperti ini adalah buku-buku yang ditulis secara ringkas, tetapi padat dan tuntas. Sekurang-kurangnya, selamilah kehidupan Nabi kita yang mulia walaupun bermula secara gambaran umum sebelum pergi lebih dalam lagi dan lebih indah lagi.

Antara buku yang dimaksudkan adalah karya Imam An-Nawawi rahimahullah ini. Maka, ambillah manfaat darinya. Tidak patut ada lagi alasan seperti sukar, sibuk, mahupun sulit untuk memahami sirah atau sejarah perjalanan hidup serta dakwah Rasulullah ini. Lebih-lebih lagi dalam keadaan situasi banyaknya buku-buku bertulis yang baik tinggalan para ulama. Sama ada yang lengkap berjilid-jilid, sehinggalah yang ringkas seringkas beberapa helaian risalah. Pastikan ianya sirah yang sahih dan memuatkan fakta ilmu yang bermanfaat.

Jangan sampai kita terlalaikan dek tokoh-tokoh jalanan dan serampangan, tetapi kita lupa dengan tokoh agung dan sebaik-sebaik manusia pembawa akhlak contoh tauladan. Renung-renungkanlah...

Jumlah Muka Surat:
118 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.