Pustaka as-Sunnah
Harga:
Berat:
1.45kg
Keterangan Buku:
Hadis qudsi berbeza dengan hadis biasa lainnya. Bersesuaian dengan namanya, hadis qudsi bersumber dari Allah Yang Qudus, di mana disampaikan melalui redaksi/ucapan Nabi yang menyampaikannya. Untuk penjelasan terperinci akan maksud hadis qudsi ini, insyaAllah para pembaca boleh teliti sendiri dari mukaddimah kitab ini.
Hadis qudsi yang dihimpunkan ke dalam satu-satu karya khusus sebagaimana buku ini, ia merupakan suatu yang amat jarang dilakukan. Lebih-lebih lagi yang hadis-hadisnya telah dijelaskan dan dipilih berdasarkan nilai kesahihannya, sehingga para pembaca dapat terus menerimanya tanpa perlu ragu-ragu.
Buku yang berada di hadapan anda ini merupakan hasil terjemahan dari kitab berjudul al-Ahaadiits al-Qudsiyyah susunan team Daar Ibn Baaz. Melalui buku ini, hadis-hadis Qudsi dikumpulkan dari beberapa buah kitab rujukan hadis yang utama, iaitu kitab Al-Muwaththa' Imam Malik, Shahih al-Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan at-Tirmidzi, Sunan Ibnu Majah, dan Sunan an-Nasaa'i. Hadis-hadis dikumpulkan dan diletakkan berdasarkan bab-bab seperti Aqidah, Mu'amalat, ibadah, jihad, zakat, solat, puasa, doa, syurga, neraka, dan seumpamanya.
Setelah itu, setiap hadis yang diletakkan bagi setiap bab tersebut pun dijelaskan maksud-maksudnya, hukum-hakam yang terkandung di dalamnya dihuraikan, dan manfaat-manfaat serta faedah-faedah darinya pun turut dibentangkan. Ini adalah dalam rangka supaya para pembaca sekalian dapat menggali manfaat yang maksimum dari setiap hadis yang dikemukakan. Di antara huraian dan syarahan yang dibentangkan bagi hadis-hadis di dalam buku ini adalah hasil penjelasan oleh para ulama yang tidak asing lagi dalam dunia ilmu ahli sunnah wal jama'ah. Ini antaranya adalah seperti penjelasan dari Imam an-Nawawi (Wafat: 676H), Imam al-Qasthalani, Al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani (Wafat: 852H), dan beberapa yang lain.
Selain itu, sanad-sanad hadis yang dikemukakan juga turut dibentangkan agar tiada lagi isu keraguan terhadap status kesahihannya.
Dari sisi lain, hadis-hadis Qudsi ini apabila dibaca, ia meletakkan kita seolah-olah sedang meneliti dialog di antara Rabb dengan makhluk-Nya. Apabila kita menghayati dan memahaminya, tentu kita akan merasa sebahagian dari orang-orang yang dimaksudkan di dalamnya. Dengan demikian, kita akan merasa rindu untuk terus-menerus mengharap redha-Nya, merasa takut akan ancaman dari siksa-Nya, dan merasa resah jika ditinggalkan-Nya.
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.