Darul Haq
Harga:
Berat:
300g
Keterangan Buku:
Mencintai Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam termasuk di antara kewajiban yang paling prinsip bagi setiap Muslim, kerana Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:
"Tidaklah salah seorang dari kalian beriman sehingga aku lebih dia cintai daripada anaknya, bapa-nya, dan seluruh manusia."
Dalam kalangan kaum Muslimin pada hari ini, dalam persoalan mencintai Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam terdapat dua kelompok yang ekstrim. Kelompok pertama, mereka mencintai Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam secara berlebihan, sehingga dalam tidak sadar mereka telah meletakkan beliau pada maqam ketuhanan yang mampu memberikan manfaat dan menghilangkan mudarat. Malah ada yang meyakini, Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam mampu memberikan kesembuhan, memperkenankan doa, dan menyucikan dosa-dosa.
Perhatikanlah beberapa kupasan di dalam buku ini berkaitan sikap sebahagian kelompok umat Islam yang menjadikan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam sebagai bahan yang dipuja dan disembah. Tidak ubah sebagaimana sikap sebahagian kaum musyrikin yang menyembah makam orang-orang soleh dari kalangan mereka. Juga sebagaimana kaum Yahudi dan Nashara yang menjadikan orang-orang soleh mereka sebagai tempat beristighisah dan bertawassul serta mencari keberkahan. Ini semua adalah contoh berlebihan dalam mencintai Nabi yang mulia sehingga membawa ke lembah syirik dan kekufuran.
Kelompok kedua pula adalah sebaliknya, mereka bersikap lalai, meremehkan, dan bermudah-mudahan dalam melaksanakan kewajiban mencintai Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam; sehingga mereka hampir tidak mengenal beliau kecuali sekadar nama belaka.
Kedua titik ekstrim ini tidak memiliki tempat dalam syari'at dan as-Sunnah yang Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam ajarkan. Pelbagai bentuk penyimpangan dalam tata cara mencintai Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam dikupas oleh buku ini. Sekaligus cara yang benar dalam mencintai beliau Shallallahu 'alaihi wa Sallam pun dijelaskan secara terperinci.
Di antara aspek perbahasan yang diperincikan dalam buku ini adalah seperti mengedepan sunnah-sunnah Nabi, mencontohi akhlak beliau, mengikuti para ulama yang memiliki hujah dan dalil dari sunnah-sunnah Nabi yang sahih, memberi perhatian mendalami sirah Rasulullah, menjauhi bid'ah-bid'ah, cara berselawat kepada Nabi, cinta kepada Nabi termasuk cinta kepada Allah, keutamaan mencintai Nabi, mencintai para sahabat beliau dan cara-caranya, memuliakan ahli bait atau para ahli keluarga beliau, membela sunnah-sunnah beliau dan menentang orang-orang yang menentangnya, menjaga kehormatan kota Nabi, membenarkan setiap apa yang dismapaikan oleh beliau, mendalami dan mempelajari serta mengamalkan hadis-hadis yang sahih, melaksanakan syari'at yang beliau bawa, menyebarkan dan mendakwahkan sunnah-sunnah beliau, dan banyak lagi lainnya dalam usaha merealisasikan cinta sejati terhadap beliau Shallallahu 'alaihi wa Sallam.
Ingatlah, kelak kita akan dibangkitkan bersama-sama dengan orang yang kita cintai. Maka, jadikanlah orang yang kita cintai itu adalah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan para sahabat beliau serta orang-orang yang mengikuti mereka.
Buku ini turut mengupas beberapa bentuk salah fahaman dalam praktik dan tata cara mencintai Nabi. Antaranya adalah dengan menyambur maulid Nabi, sedangkan Nabi dan para sahabat sendiri tidak pernah menyambutnya. Kemudian fenomena nasyid-nasyid, lagu-lagu burdah, dan qasidah-qasidah juga turut dikupas melalui buku ini.
Semoga buku ini menjadi buku yang bemanfaat untuk kita semua, iaitu menjadi buku yang membuahkan ilmu bermanfaat, mampu membuka jalan kepada kita merealisasikan cinta kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam dengan cara yang benar. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.