Tahqiq dan Ta'liq oleh Syaikh Syafiyurrahman al-Mubarakfuri
Pustaka Elba
Harga:
Berat:
8.2g
Keterangan Buku:
Mungkin tidak satu pun dunia keilmuan Islam yang tidak mengenal Tafsir Jalalain yang ditulis oleh dua ulama besar; Imam Jalaluddin al-Mahalli dan Imam Jalaluddin as-Suyuthi rahimahumallah. Atas sebab ia disusun oleh dua imam bernama Jalaluddin, maka dinamakanlah Tafsir ini dengan nama Tafsir al-Jalalain (Tafsir oleh dua orang Jalal).
Tafsir ini menjadi rujukan dan kajian ilmu berkaitan al-Qur'an dan tafsir yang banyak berlangsung di kalangan para ulama atau ilmuan. Mereka memberikan perhatian yang khusus dengan menghasilkan karya-karya ilmiyah lainnya berupa hasyiah (catatan pinggir), syarah, dan ta'liq hasil dari penelitian dan kajian terhadap kitab Tafsir Jalalain ini.
Memandangkan dunia ilmu islam Nusantara yang amat memandang besar tafsir ini, maka ada keperluan yang mendesak agar tafsir ini diterjemahkan berserta dengan tahqiq dan ta'liq (catatan)nya. Di sisi dunia ilmu Islam atau dunia pembelajaran sistem pondok Nusantara, Tafsir ini memiliki kedudukan dan keistimewaannya yang tersendiri.
Kenapa Tafsir ini diterjemahkan dengan edisi tahqiq dan berserta ta'liq? Ini tidak lain walaupun tafsir ini merupakan susunan dua ulama besar, tetapi masih tetap tidak lepas dari beberapa sisi penilaian dan kritikan. Demikianlah adanya, tidak ada karya yang maksum dan memang demikianlah sifatnya manusia. Semoga dengan adanya tahqiq dan ta'liq, maka akan menjadikan ianya lebih sempurna dan mantap tujuannya.
Sebagaimana tercatat dalam mukaddimahnya, di antara keistimewaan yang paling menonjol dalam tafsir ini adalah penafsiran ayat-ayatnya muncul dengan bahasa yang singkat, mudah, tuntas, dan disusun secara apik serta teliti dengan teks al-Qur'annya. Penyusun memadankan pandangan yang rajih (tepat) menurut penelitiannya dalam hal-hal yang diperselisihkan, disertakan isyarat terhadap hadis-hadis, ditambah dengan analisa bahasa, dan turut menjelaskan beberapa versi qira'at yang berbeza.
Pentahqiq kitab ini, iaitu Syaikh Shafiyurrahman al-Mubarakfuri yang terkenal dengan kitabnya Rahiq al-Makhtum dan al-Misbahul Munif fii Tahziib Tafsir Ibnu Katsir dan beliau juga merupakan ketua Lajnah Ilmiyah Darussalam; memberikan komentar dan catatan pada tempat-tempat tertentu dalam tafsir ini yang memiliki beberapa kesalahan, penakwilan sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta'ala, rujukan-rujukan sejarah yang lemah pada beberapa tempat, serta kewujudan riwayat-riwayat Israiliyat yang terlalu lemah.
Kemudiannya, hadis-hadis yang terdapat di dalam kitab ini juga telah ditakhrij dan diberi catatan kaki serta rujukan no. dan kitabnya. Ini adalah bagi memudahkan semakkan dan membimbing pembaca agar bersifat lebih ilmiyah.
Tafsir ini asalnya adalah karya Jalaluddin al-Mahalli rahimahullah (Wafat: 864H), kemudian diteruskan oleh anak muridnya iaitu al-Imam as-Suyuthi rahimahumallah.
Kitab ini asalnya terdiri dari dua jilid (Kitab asal berbahasa Arab). Jilid pertamanya memuatkan mukaddimah dan tafsir Surah al-Baqarah hingga akhir surah al-Isra' yang mana ia merupakan karya Jalaluddin as-Suyuti.
Jilid kedua memuatkan tafsir Surah al-Kahfi hingga akhir surah an-Nas, Surah al-Fatihah yang diletakkan setelah Surah an-Nas, dan tatimmah (penutup). Kecuali bahagian penutup di jilid kedua adalah merupakan karya Jalaluddin al-Mahalli. Bahagian penutup merupakan karya Jalaluddin as-Suyuti.
Imam as-Suyuthi berguru dengan ramai ulama terkenal di zamannya. Antaranya adalah Al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani rahimahullah. Selain itu beliau banyak mempelajari, membaca, dan menghafal kitab-kitab besar karya para ulama sebelumnya. Antara guru-guru beliau lainnya adalah seperti Al-Bulqini, Al-Munawi, dan Al-Allamah asy-Syamni. Pada zamannya, beliau adalah antara orang yang paling menguasai Ilmu hadis dan rangkaian perawinya, sanad-sanadnya, sifat-sifatnya, dan tafsirannya. Beliau mengaku bahawa dirinya menghafal 200000 hadis.
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.