Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Tuesday, November 13, 2012

635 - Kupas Tuntas Iman Kepada Malaikat Berdasarkan Aqidah Ahlus Sunnah wal-Jama'ah


Kupas Tuntas Iman Kepada Malaikat Berdasarkan Aqidah Ahlus Sunnah wal-Jama'ah




Judul Buku:
Kupas Tuntas Iman Kepada Malaikat Berdasarkan Aqidah Ahlus Sunnah wal-Jama'ah

Buku ini menggabungkan 3 tulisan sekaligus iaitu (dengan judul asal masing-masing): 'Aalam al-Malaaikatil Abraar, Man Tusholli 'Alaimul Malaaikat wa Man Tal'anahum, dan Al-Jinn wasy-Syayaathiin

Penulis:
Syaikh Dr. 'Umar B. Sulaiman al-'Asyqar, Syaikh Dr. Fadhl Ilahi Dzahir, dan Syaikh Abu Bakr Jabir al-Jaza'iri

Penerbit:
Media Tarbiyah

Harga:
RM54

Berat:

700g

Keterangan Buku:

Salah satu rukun dari rukun-rukun iman yang wajib diimani dan diyakini oleh setiap Muslim adalah beriman kepada para Malaikat. Iaitu antaranya dengan meyakini kewujudannya, memahami tugas-tugasnya, dan dengan mengetahui kedudukannya sebagai makhluk di sisi Allah. Al-Qur'an, as-Sunnah, dan ijma' kaum Muslimin telah menegaskan bahawa beriman kepada para malaikat hukumnya wajib. Dan mengingkari keberadaan para Malaikat sama ertinya dengan mengingkari Allah 'Azza wa Jalla.

Walaupun sedemikian pentingnya aspek rukun iman ini, tetapi sayangnya masih ramai dari kaum Muslimin yang tidak mengambil perhatian terhadapnya. Mereka hanya sekadar merasa cukup dengan hal-hal yang umum dan enggan mengetahui dengan lebih baik lagi. Sedangkan hal ini melibatkan soal keimanan dan perkara tauhid. Maka tidak hairanlah, begitu ramai sekali dari kalangan umat Islam yang jahil terhadap agama mereka sendiri, bahkan terhadap aqidah yang mereka imani. Apabila datangnya syubhat dan persoalan dari kalangan musuh-musuh Islam, mulalah mereka gelabah lalu menjadi goyah. Lebih buruk lagi, mereka pun tersesat lantarannya tidak punya ilmu.

Fahamilah bahawa mentadabburi makhluk-makhluk ciptaan Allah 'Azza wa Jalla itu sebahagian dari hal yang menambah keimanan seseorang terhadap Allah dan dirinya pun akan merasa betapa besarnya ke-Agungan serta ke-Kuasaan Allah, sekaligus menjadikan kita tunduk dan merasa kerdil. Kita akan memahami bahawa dunia ini hanya tempat seketika, dan akhirat itulah tempat yang kekal dan sebenar-benarnya kita akan dikembalikan.

Apatah lagi, mengimani keberadaan dan mengenal Malaikat itu sendiri termasuk perkara keimanan yang amat penting. Ia termasuk ciri-ciri orang yang bertaqwa, yang mana di antara ciri orang bertaqwa itu adalah mengimani hal-hal yang ghaib dengan ilmu yang benar. Tidaklah dapat kita mengimani, mengetahui, dan meyakini perkara ghaib itu melainkan dengan ilmu yang benar. Dan tidaklah dapat kita mengetahui dengan ilmu yang benar, melainkan dengan belajar, iaitu menela'ah dari sumber-sumber yang benar yang mengedepankan ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Nabi yang mulia.

Di antara buku atau tulisan yang baik dalam merealisasikan tujuan murni beriman kepada para Malaikat dengan benar, adalah buku yang sedang anda lihat ini. Iaitu sebuah buku yang menggabungkan tiga risalah ilmiyah dari tiga orang tokoh ulama timur tengah. Buku ini mengupas tajuk-tajuk antaranya sebagaimana berikut:

[Perbahasan Satu], Imam kepada Para Malaikat:

1, Sifat-sifat dan kekuatan Malaikat.
2, Ibadah para Malaikat.
3, Malaikat dan manusia.
4, Hubungan para Malaikat dengan orang-orang beriman.
5, Hubungan para Malaikat dengan orang-orang fasiq, ahli maksiat, dan orang-orang kafir.
6, Hubungan para Malaikat dengan makhluk-makhluk lainnya.
7, Keutamaan para Malaikat.

[Perbahasan dua], Doa dan laknat Para Malaikat:

1, Golongan yang mendapat doa para Malaikat.
2, Golongan yang dilaknat Malaikat.

[Perbahasan tiga], Hakikat alam Jin & Syaitan:

1, Dalil-dalil kewujudan jin dan Syaitan serta beza di antara keduanya.
2, Beriman dengan kewujudan jin dan syaitan.
3, Berlindung kepada Allahd ari gangguan Syaitan.

Semoga buku ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dan mampu meningkatkan keimanan kita semua kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sekaligus mendorong kita untuk lebih berbuat taat dan menjauhi segala larangan dan hal-hal keburukan. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
416 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.