(Intisari Kitab Shifatush Shofwah)
(Intisari Kitab Shifatush Shofwah)
Penulis:
Pustaka Arafah
Harga:
Berat:
0.65kg
Keterangan Buku:
Shifatus Shofwah adalah buku masterpiece seorang ulama ternama abad ke-6, iaitu Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (509H-597H). Antara karya beliau yang seumpamanya adalah seperti al-Adzkiya', Shaidul Khaathir, dan ath-Thibbur Ruhani.
Shifatush Shofwah adalah antara yang teristimewa, tidak akan bosan menela'ahnya. Pembaca akan dibuai pesona kata-kata indah para salaf, tokoh-tokoh ulama generasi awal sebelum 300 hijrah. Kata-kata mereka tidak seperti kata-kata manusia lainnya, tidak pula seperti tokoh-tokoh yang ada pada hari ini. Kata-kata mereka berisikan mutiara, penuh dengan akhlak, nasihat, dan kelembutan yang mampu menundukkan jiwa.
Kekuatan kata-kata memang dahsyat. Bahkan lebih tajam dari pedang, atau boleh jadi begitu lembut sehingga menusuk kalbu menembusi jiwa. Kata-kata yang haq mampu membakar hati yang beku dan menghidupkan jiwa yang mati. Kata-kata umpama sihir yang mampu mempengaruhi pemikiran seseorang. Apatah lagi apabila kata-kata tersebut datangnya dari orang yang berilmu, dari kalangan generasi terbaik pula, iaitu generasi yang memiliki kefaqihan dan kebijaksanaan.
Maka, inilah bukunya... Sebuah buku yang menghimpunkan kata-kata penuh hikmah dan nukilan kisah-kisah orang soleh terpilih. Kata yang terungkap dari jiwa yang dibaluti amal-amal soleh. Sehingga setiap kata yang terungkap memiliki daya hidup dan menggugah jiwa yang mendengarnya. Ia bukan kata lawak jenaka, bukan pula omong-omongan kosong. Ia adalah kata-kata yang terungkap dari generasi yang paling memahami Kitab Allah (al-Qur'an) dan Sunnah-sunnah Rasul-Nya.
Buku ini adalah intisari atau ringkasan dari karya Imam Ibnul Jauzi rahimahullah, iaitu kitab Shifathush Shofwah. Semoga kata-kata mutiara dan hikmah yang terhimpun di dalamnya mampu memberi semangat, mampu membimbing, memberi peringatan, mampu menggugah jiwa yang terlalai, dan mengarahkan kepada pintu hidayah. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.