Terhadap Ahlul Bid'ah dan Buku-buku Mereka
Judul Asal: Manhaj as-Salaf fi at-Ta'mal ma'a Kitaab Ahlul Bid'ah
Penerbit al-Husna
Harga:
Berat:
220g
Keterangan Buku:
Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) berkata dalam penegasan beliau tentang prinsip-prinsip ahlis sunnah:
“Berpegang teguh dengan jalan hidup para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, berqudwah (mengambil contoh tauladan) dengan mereka, dan meninggalkan bid’ah. Dan setiap bid’ah itu adalah kesesatan. Dan hendaklah meninggalkan pertengkaran (argumentasi) dan duduk-duduk bersama pengikut hawa nafsu.”
Untuk menyikapi ahli bid'ah, ilmu yang kukuh dan ketegasan yang utuh memang sangat diperlukan. Sikap seperti ini perlu diterapkan kerana kesan yang ditimbulkan oleh ahli bid'ah dan bergaul dengan mereka boleh menyebabkan masyarakat terseret ke lembah kesesatan dalam beragama. Kerana ahli bid'ah adalah kelompok-kelompok manusia yang mengambil agama dengan corak pemahaman yang berbagai-bagai lagi menyimpang keluar dari garis manhaj yang haq.
Maka oleh sebab itulah para ulama ahli sunnah wal-jama'ah begitu prihatin dan tidak mengambil remeh hal ini. Ulama ahli sunnah sentiasa berusaha keras dalam menjaga agama ini dari diselewengkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang bertunjangkan hawa nafsu. Mereka juga amat prihatin terhadap masyarakat agar masyarakat terselamat dari pemahaman agama yang sia-sia.
Buku ini memaparkan bimbingan yang sangat baik agar seseorang dapat menyikapi ahlul bid'ah secara tepat, tegas, terbimbing, lagi bersesuaian dengan manhaj atau cara pandang ahlus sunnah wal-jama'ah.
Diikuti pula bagaimana seharusnya umat Islam bersikap atau bermu'amalah terhadap buku-buku hasil tulisan mereka (ahli bid'ah).. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.