(Terjemahan Lengkap)
(Terjemahan Lengkap)
Penerbit Al-Mahira
Harga:
Berat:
3.9kg
Keterangan Buku:
Ini adalah salah satu edisi terjemahan lengkap kitab hadis Shahih Muslim.
Kitab Al-Jami’ Ash-Shahih karya Imam Muslim muncul pada fasa kelima jika dilihat dari periodisasi sejarah dan perkembangan hadis. Dan tepatnya pada masa-masa pemerintahan dinasti Bani 'Abbas, sekitar abad ke 3 Hijriyyah. Fungsi serta sumbangan kitab Al-Jami’ Ash-Shahih itu sendiri sebagai hasil dari usaha Imam Muslim dalam melakukan penyaringan dan seleksi hadis-hadis yang telah di-tadwin pada zaman sebelumnya. Kerana pada zaman sebelumnya dinilai masih banyak hadis-hadis yang tercampur antara yang shahih dengan yang dhaif, sehingga para ulama zaman berikutnya melakukan penyaringan dan menghimpunnya dalam kitab-kitabnya masing-masing secara sistematik dengan mengembangkan metode dan sistem pentadwinannya. Seperti Imam Muslim sendiri terkenal dengan Al-Jami’ As-Shahih-nya (iaitu kitab Shahih Muslim ini).
1. Judul Asli kitab Shahih Muslim.
Kitab yang menghimpun hadis-hadis shahih yang disusun oleh Imam Muslim memiliki judul asli:
Al-Musnad ash-Shahih Al-Mukhtasar min as-Sunani bi Naqli al-Adli an Rasulillahi Sholallahu 'alaihi wa Sallam.
Namun lebih dikenal dengan sebutan Al-Jami’ As-Shahih. Atau lebih sederhana lagi banyak yang menyebutnya sebagai "Shahih Muslim."
2. Tujuan penyusunan
Motif yang mendorong Imam Muslim untuk menyusun Al-Jami’ Ash-Shahih sekurang-kurangnya kerana ada dua alasan yang mendasar, yakni pada masa itu masih begitu sukar untuk menemukan rujukan himpunan hadis-hadis sahih yang berkaitan dan tersusun secara sistematis lagi komprehensip. Dan kemunculan kaum Zindiq yang sentiasa menyebarkan hadis-hadis palsu dan mencampur adukkan di antara hadis-hadis yang sahih dengan hadis-hadis dhaif dan maudhu' turut menjadi antara faktor utama penyusunan ini.
3. Tempoh Masa Penyusunan
Masa penyusunan kitab ini dilakukan oleh Imam Muslim selama 15 tahun, sebagaimana pernyataan salah seorang muridnya yang mendampingi beliau dalam penyusunannya, yakni Ahmad bin Salamah, beliau mengatakan, “Aku menulis bersama-sama Imam Muslim untuk menyusun kitab shahih itu selama lima belas tahun. Kitab tersebut berisi 12,000 hadis." Dan kitab ini disusun sama ada ketika Imam Muslim berada di tempat tinggalnya mahupun ketika beliau melakukan rehlah ilmiah ke pelbagai wilayah. Dalam projeknya tersebut, beliau memilah dari hafalan dan catatannya yang berjumlah 300 ribu hadis.
Perlu diketahui, bahawa pada mulanya sosialisasi kitab ini menggunakan model memperdengarkan kepada kaum muslimin. Secara garis besar ada dua jalur penyebarannya, yakni ke arah timur melalui Abu Ishak bin Ibrahim bin Muhamad bin Sufyan, dan ke arah barat melalui Abu Muhamad Ahmad bin Ali.
3. Jumlah Hadis
Para ulama berbeza pendapat dalam menentukan jumlah hadis yang termuat di dalam kitab Al-Jami’ Ash-Shahih yang disusun oleh Imam Muslim. Akan tetapi itu merupakan suatu perbezaan pendapat yang masih dapat dikompromikan, sebab dalam metode perhitungannya ada yang menghitung hadis yang diulang-ulang (mukarrar) dan ada yang tidak. Dalam arti sebagian ulama menghitung dari aspek sanad manakala yang lainnya ada dari aspek matan.
Jika dihitung beserta hadis-hadis yang diulang maka jumlah hadis di dalam kitab Al-Jami’ As-Shahih karya Imam Muslim berjumlah 10, 000 hadis, atau sekurang-kurangnya 7275 hadis (pendapat lain). Akan tetapi jika tidak dihitung beserta hadis-hadis yang diulang maka jumlahnya jauh lebih sedikit. Ada yang berpendapat 4000 hadis, dan pendapat lain mengatakan diatas 6000 hadis. Sementara itu Dr. Ajjaj Al-Khatib secara eksplisit menyatakan bahawa jumlah hadis di dalam kitab Shahih Muslim berjumlah 3, 030 hadis dan itu jika tidak dihitung dengan hadis yang diulang-ulang (ghairu mukarrar). Sedangkan jumlah seluruhnya termasuk yang diulang-ulang atau yang melalui (seluruh jalur) sanad yang berbeza-beza memuatkan sekitar 10,000 hadis.
4. Kedudukan
Para ulama menempatkan kitab Al-Jami’ Ash-Shahih karya Imam Muslim pada peringkat kedua setelah Al-Jami’ Ash-Shahih yang di susun oleh Imam al-Bukhari. Hal ini berdasarkan kualiti kesahihannya. Dan kitab ini pun termasuk ke dalam Kutubus Sittah yang dinilai sebagai karya-karya monumental dalam sejarah kehidupan umat Islam. Hal ini berkat ketelitian Imam Muslim dalam menghimpun, memilah, dan membukukannya. Beliau pernah berkata:
“Aku tidak mencatumkan satu hadis pun ke dalam kitabku ini melainkan kerana ada alasannya. Aku tidak menggugurkan satu hadis pun di dalam kitabku ini melainkan kerana ada alasannya.”
Dari pernyataan beliau tersebut, maka kita dapat melihat akan kecermatan Imam Muslim di dalam memilah sesebuah hadis untuk beliau susun dalam kitabnya ini. Namun tidak hanya kecermatan yang dimiliki oleh Imam Muslim di dalam menetapkan kualiti sesuatu hadis, sebagai seorang ulama, beliau turut sentiasa mengaplikasikan sikap tawadhu', sekalipun dalam menetapkan kualiti sesuatu hadis.
Diceritakan bahawa suatu ketika Imam Muslim memperlihatkan naskah kitabnya kepada seorang ulama yang dipandang ahli di dalam ilmu hadis, yakni Abu Zur’ah Ar-Razi. Setiap hadis yang diisyaratkan oleh Abu Zur’ah ada kelemahannya, maka Imam Muslim meninggalkannya, sebaliknya hadis-hadis yang dipandang sahih oleh Abu Zur’ah, maka Imam Muslim meriwayatkannya. Maksudnya di sini, Imam Muslim bukanlah seorang ulama yang agresif dan hanya menganggap dirinya sahaja yang benar. Dalam masa masa, tashih beliau ke atas hadis-hadis dalam Shahih Muslim ini turut didukung oleh para ulama lainnya semisal Abu Zur'ah Ar-Razi rahimahullah.
5. Metode Penyusunan
Metode yang ditempuh oleh Imam Muslim dalam menyusun kitabnya Al-Jami’ Ash-Shahih sangat baik dan cemerlang sekali. Beliau menempatkan hadis-hadis yang memiliki kesamaan tema di tempat yang sama, dan tidak menempatkannya secara terpisah atau di tempat yang berbeza-beza. Sehingga kitab Al-Jami’ Ash-Shahih ini memiliki nilai sistematika penyusunan hadis yang tinggi.
Kerana memang Imam Muslim tidak memiliki tujuan untuk mengkaitkan dengan masalah fiqih sebagaimana Imam al-Bukhari rahimahullah. Oleh kerana itu tidak ada hadis yang sama diletakan pada dua tema yang berbeza. Selain itu apabila ada seorang rawi berbeza dengan rawi lainnya dalam menggunakan redaksi atau lafaz, padahal kandungan dan tujuannya sama, maka Imam Muslim menjelaskannya. Begitu pula apabila seorang rawi menggunakan lafadz اخبرنا (ia mengkhabarkan kepada kami), sedang rawi yang lain menggunakan lafadz حدثنا (ia menceritakan kepada kami), maka beliau pun menjelaskan perbezaan tersebut.
A. Syarat Imam Muslim
Syarat yang ditetapakan oleh Imam Muslim adalah lebih longgar berbanding syarat yang ditetapkan oleh Imam al-Bukhari dalam Shahihnya (Shahih Al-Bukhari). Dalam ittisal as-Sanad (persambungan sanad) antara murid (marwi 'anhu) dengan guru (rawi) hanya cukup dengan syarat mu’asharah (sezaman), sedangkan Imam al-Bukhari mensyaratkan terjadinya liqa’ (pertemuan). Para ulama (berdasarkan pengkajian mereka), menyimpulkan bahawa syarat-syarat yang diterapkan Imam Muslim di dalam kitabnya antara lain adalah:
Pertama, Imam Muslim hanya meriwayatkan hadis dari para rawi yang adil dan dhabith, dan boleh dipertanggungjawabkan kejujurannya.
Kedua, beliau hanya meriwayatkan hadis secara musnad (lengkap dengan sanad), muttashil (sanadnya bersambung), dan marfu' (berasal dari Nabi). Dari penjabaran di atas maka setidaknya ada beberapa syarat yang kita temui, yakni hadisnya harus diriwayatkan dari rawi yang adil dan dhabith, sanadnya lengkap serta bersambung, dan disandarkan kepada Nabi.
B. Kriteria Hadis
Imam Muslim mengklasifikasikan hadis menjadi tiga kategori. Kategori pertama ialah hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para rawi yang adil dan kuat hafalan. Kedua, hadis yang diriwayatkan oleh para rawi yang tidak begitu diketahui keadaannya dan memiliki hafalan atau ingatan yang sedang-sedang saja. Dan yang ketiga ialah hadis yang diriwayatkan oleh rawi yang lemah hafalannya serta hadisnya ditinggalkan orang.
Dalam periwayatannya, Imam Muslim selalu meriwayatkan hadis yang sesuai dengan kategori pertama dan beliau pun menyertakan hadis yang sesuai dengan kategori kedua yang hanya berfungsi sebagai mutabbi' dan tidak dijadikan hadis inti. Sedangkan untuk kategori ketiga tidak termuat didalam Al-Jami’ Ash-Shahih karyanya.
Adapun kriteria hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam kitabnya Al-Jami’ Ash-Shahih, adalah hadis-hadis yang kualitinya bersesuaian dengan syarat-syarat hadis sahih yang disepakati oleh Ulama. Hal ini berdasarkan interpretasi Ibnush Sholah atas pernyataan Imam Muslim, Imam Muslim pernah menyatakan bahawa beliau tidak memasukkan semua hadis sahih ke dalam kitabnya, sebaliknya beliau hanya memasukan hadis-hadis yang memenuhi persyaratan sahih yang telah disepakati oleh para ulama. Dan kriteria lain mengenai hadis yang ditulis oleh Imam Muslim di dalam Al-Jami’ Ash-Shahih ialah seluruhnya hadis-hadis yang disandarkan kepada Nabi (hadis yang marfu'), dan beliau tidak meriwayatkan perkataan sahabat (hadis Mauquf) dan juga tabi’in (hadis Maqtu’).
6. SISTEMATIKA PENYUSUNAN
Kitab Al-Jami’ Ash-Shahih disusun oleh Imam Muslim dengan sangat sistematik (tersusun rapi). Ramai ulama yang mengatakan kitab ini lebih sistematik daripada Al-Jami’ Ash-Shahih susunan Imam al-Bukhari dalam hal penyusunannya. Selain itu kitab Al-Jami’ Ash-Shahih karya Imam Muslim ini memiliki ciri khas yang memudahkan pembacanya.
1. Muqadimah
Kitab Al-Jami’ Ash-Shahih yang disusun oleh Imam Muslim diawali oleh muqaddimah yang bernilai tinggi dan bermanfaat. Dalam muqadimahnya beliau menjelaskan haramnya berdusata atas nama Rasulullah, anjuran agar berhati-hati dalam meriwayatkan, keadaan para perawi dan menerangkan illat hadis, larangan meriwayatkan hadis dari perawi yang lemah dan banyak salahnya, pembahagian dan macam-macam hadis, dan hadis-hadis yang ditulis dalam Shahih-nya. Juga menerangkan bahwa sanad hadis itu adalah sebahagian dari ketentuan agama, dan menjelaskan panjang lebar tentang berhujjah dengan hadis mu’an’an. Itulah di antara manfaat yang terkandung di dalam muqadimah Shahih Muslim. Hal ini biasa kita anggap sebagai pengantar sebelum kita memasuki bahagian yang pokok dari kitab tersebut.
2. Isi
Imam Muslim dalam penyusunan kitabnya (Al-Jami’ Ash-Shahih), tidak menyertakan nama-nama kitab (bab atau judul topik) serta nama-nama sesebuah perbahasan hadis. Akan tetapi beliau menyusun dan menetapkan perletakkan hadis-hadis yang memiliki kesamaan tema secara berkelompok. Oleh kerana itu walaupun tanpa nama-nama kitab dan bab, kitab Al-Jami’ Ash-Shahih dapat dinilai sebagai kitab yang sistematik dalam penyusunannya. Sehingga memudahkan para ulama yang mengulas kitabnya untuk memberikan nama kitab dan bab pada kitabnya. Di antara ulama yang dinilai paling baik dalam mengulas kitab Al-Jami’ Ash-Shahih karya Imam Muslim adalah Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) dalam Syarah Shahih Muslimnya yang cukup terkenal.
Ada pun bagi edisi terjemahan yang berada dalam tatapan anda ini adalah edisi tahqiq dan penomboran oleh Syaikh Muhammad Fuad B. 'Abdul Baqi' rahimahullah. Terjemahannya adalah edisi lengkap berserta dengan sanad-sanad periwayatnnya.
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.