Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Saturday, January 19, 2013

692 - Isbal?


Isbal?


Judul Buku:
Isbal?
Judul Asal: Al-Isbalu li ghairi Khuyala'

Penulis:
Syaikh Walid B. Muhammad Nubaih 

Penerbit:
Pustaka At-Tibyan

Harga:
RM10

Berat:

160g

Keterangan Buku:


Tentu masih ramai di antara kita yang mungkin tidak mengetahui bahkan mungkin juga sama sekali tidak pernah mendengar perkataan “Isbal”. Atas sebab tidak tahu dan tidak pernah mendengar itu jugalah, ramai dari kalangan kaum lelaki muslim yang tidak mengendahkannya, bahkan meremehkannya. Atas faktor tidak mengetahui, maka mereka pun tidak mengendahkannya sedangkan ianya termasuk perbuatan yang memiliki hukum khusus di dalam agama.

Malah sudah menjadi trend (budaya), bahawa isbal adalah suatu bentuk wajah masa kini yang barang siapa tidak melakukannya, maka akan kelihatan seakan-akan ketinggalan zaman dan tidak moderate. Manakala bagi mereka yang meninggalkan isbal pula dikatakan sebagai aneh, pelik, dan tidak mengikuti gaya berpakaian masa kini.

Dari itu, buku kecil ini begitu bermanfaat sekali dalam mengupas fenomena isbal ini, yang begitu ramai dari kalangan umat Islam tidak mengetahui dan tidak memahaminya. Buku ini mengupas hukum-hakam isbal dari sudut pandang al-Qur’an dan as-Sunnah yang sahih serta berpandukan kefahaman para ulama bermanhaj Ahlus Sunnah.

Maksud Isbal

المسبل إزاره هو الذي يطول ثوبه ويرسله إذا مشى

“Al-Musbil (Orang yang meng-isbalkan (melabuhkan) pakaian), dia adalah orang-orang yang menjulurkan (memanjangkan) dan melabuhkan pakaiannya apabila berjalan.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 1/126)

Demikian juga sebagaimana kata Ibnu al-Atsir, as-Shan’ani, dan al-Mundziri rahimahumullah:

المسبل هو الذي يطول ثوبه ويرسله إلى الأرض كأنه يفعل ذلك تجبرا واختيالا

“Al-Musbil, mereka adalah orang yang mejulurkan (atau memanjangkan, melabuhkan) pakaiannya dan yang pakaiannya hingga menyentuh (menyeret) bumi seakan-akan ia melakukannya kerana sombong dan angkuh.” (Al-Mundziri, Targhib wa at-Tarhib, 3/65 – Daar al-Kitab al-‘Ilmiyah)

Oleh itu, isbal menurut syar'i adalah melabuhkan (menjulurkan) pakaian serta membiarkannya terurai ke bawah sehingga melampaui batasan yang telah ditetapkan di dalam syari’at (melebihi mata kaki), dan perkara tersebut tidak terhad kepada isbal dengan niat sombong.

Apabila membahaskan berkenaan fenomena isbal ini, para ulama sebahagiannya mengklasifikan di antara hadis-hadis yang menyentuh isbal dengan disertai kesombongan dan juga perbuatan isbal yang tidak disertakan dengan niat sombong.

Dengan itu, untuk membolehkan para pembaca dapat melihat hadis-hadis tersebut dengan lebih baik berdasarkan perbahasan yang dimaksudkan, maka di sini-lah letak duduk fokus buku ini. Penulis membahaskan di antara hukum isbal secara umum, kemudian diikuti perincian isbal dengan perasaan sombong dan ujub, atau membanggakan diri.

Maka, sama-samalah kita mengambil manfaat dan beramal dengan Sunnah. Dan di antara hal yang termasuk sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam adalah dengan meninggalkan isbal. Lebih-lebih lagi isbal termasuk perbuatan yang tidak disukai Allah.

Daripada Al-Mughirah B. Syu’bah, beliau melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mendatangi Sufyan B. Abi Sahl lalu memegang lipatan hujung pakaiannya seraya berkata:

يَا سُفْيَانُ لَا تُسْبِلْ إِزَارَكَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يحب الْمُسْبِلِينَ

“Wahai Sufyan, janganlah engkau meng-isbalkan pakaian engkau, kerana Allah tidak mencintai orang-orang yang isbal.” (Musnad Ahmad, no. 18151, 18216. Sunan Ibnu Majah, no. 3564. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Dalam riwayat Ibnu Hibban:

يَا سُفْيَانُ لَا تُسْبِلْ إِزَارَكَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى الْمُسْبِلِينَ

“Wahai Sufyan, janganlah engkau meng-isbalkan pakaian engkau, kerana Allah tidak melihat kepada orang-orang yang isbal.” (Shahih Ibnu Hibban, no. 5442)

Jumlah Muka Surat:
127 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.