(An-Nushu al-Amiin li Tholibatu al-'Ilm wa Sa'iru Salafiyyin)
Dikumpulkan oleh Abul Hasan 'Ali B. Ahmad B. Hasan ar-Razihi
Pustaka al-Haura'
Harga:
Berat:
280g
Keterangan Buku:
Pelbagai fitnah telah tersebar di merata-rata tempat, keburukannya pun telah berleluasa di hampir seluruh pelusuk dunia di celah-celah kaum muslimin. Di tengah-tengah gelombang fitnah tersebut telah banyak manusia yang jatuh berguguran lalu dihanyutkan ibarat di sungai yang dalam. Kaum Muslimin terombang-ambing tidak tahu bagaimana harus menyelamatkan dirinya. Ada pula yang terdampar, namun terlupa siapa dirinya.
Dalam keadaan yang demikian, solusinya adalah kembali kepada para ulama yang dapat membawa, membimbing, dan menarik tangan-tangan mereka kepada kebenaran iaitu al-Qur'an dan as-Sunnah. Menjelaskan kepada mereka bagaimana memahami al-Qur'an dan as-Sunnah dengan manhaj yang benar. Dan di antara nasihat-nasihat yang berharga untuk para penuntut ilmu dan ahlus sunnah khasnya, adalah buah nasihat daripada Syaikh Muqbil B. Hadi ini.
Di antara kandungan mutiara nasihat beliau dalam buku ini adalah nasihat umum untuk para ahlus sunnah, nasihat buat penuntut ilmu, nasihat buat para da'i (pendakwah), nasihat dalam mengahadapi fitnah, nasihat agar menjauhi fitnah, nasihat agar melazimi ilmu, solusi terhadap pelbagai fitnah yang melanda, nasihat agar mengembalikan permasalahan kepada orang yang berilmu (para ulama), nasihat agar melazimi para ulama, nasihat agar berkomitmen terhadap dalil-dalil wahyu dan meninggalkan ra'yu, menjauhi perpecahan, nasihat buat para khathib, dan akhir sekali adalah wasiat-wasiat Syaikh Muqbil sebagai penututp. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
Dan ketahuilah bahawa tidaklah dinamakan ulama melainkan mereka yang memiliki ilmu, iaitu ilmu tentang al-Qur'an dan as-Sunnah. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda:
“Sesungguhnya para ulama itu adalah pewaris para Nabi. Dan para Nabi itu tidaklah mewariskan dinar mahu pun dirham. Namun, mereka mewariskan ilmu. Maka, sesiapa yang mengambil ilmu tersebut, benar-benar dia telah mendapat kedudukan yang sangat besar.” (Sunan Abu Daud, no. 3641)
Berkata Ibnu Hibban rahimahullah (Wafat: 354H):
“Dalam hadis ini terdapat penjelasan yang sangat jelas bahawa ulama yang memiliki keutamaan yang kami ulas adalah mereka yang mengajarkan ilmu Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam sahaja, bukan yang mengajarkan ilmu-ilmu lain. Bukankah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda, “Ulama adalah pewaris para nabi” dan para nabi tidak mewariskan apa pun melainkan ilmu dan ilmu Nabi kita Shallallahu 'alaihi wa Sallam adalah sunnahnya. Sesiapa pun yang tidak mengetahui sunnah, maka bukanlah pewaris para nabi.” (Shahih Ibnu Hibban, 1/291, tahqiq Syua'ib al-Arna'uth)
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.