Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Wednesday, January 2, 2013

675 - Tanamkan Akidah & Akhlaq Ahlussunnah wal-Jama'ah Dalam Diri Anda

Tanamkan Akidah dan Akhlaq Ahlussunnah wal-Jama'ah Dalam Diri Anda


Judul Buku:
Tanamkan Akidah & Akhlaq Ahlussunnah wal-Jama'ah Dalam Diri Anda

Judul Asal (Arab): Min Akhlaqis Salaf wa Ahlus Sunnah wa I'tiqaaduddin

Penulis:
Imam Ibnu Abi Hatim Ar-Razi
'Abdullah B. 'Abdul Hamid al-Atsary

Penerbit:
Cahaya Tauhid Press

Harga:
RM10

Berat:

120g

Keterangan Buku:

Kata Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam:

أَكْمَلُ المُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا

"Orang yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya." (Musnad Ahmad, no. 7402. Sunan at-Tirmidzi, no. 1162).

Bersihnya aqidah adalah syarat utama diterimanya amalan para hamba oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Manakala baiknya akhlak adalah merupakan salah satu Syi'ar Islam yang besar sebagai tanda sempurnanya keimanan dan aqidah seseorang.

Benarnya niat, keyakinan, serta amalan seseorang dari keduanya merupakan bukti selamatnya fitrah seorang muslim. Maka dakwaan bahawa iman itu hanya cukup di hati atau sekadar dengan ucapan tidaklah benar. Tidak cukup sekadar mengaku sebagai seorang muslim, apatah lagi seorang ahlus sunnah tanpa diikuti perlaksanaan amalan, baik amalan hati, lisan, mahupun tubuh badan (fizikal). Kerana perlaksanaan amalan tersebut adalah bukti hasil baiknya aqidah yang diimani di dalam hati dan terungkap di ucapan.

Maka sama-samalah kita terus memperbaiki keimanan kita di atas ilmu dan keikhlasan kepada Allah. Semoga ia menjadi landasan untuk beramal dengan lebih sempurna dan benar. Dan itulah sebahagian dari kesempurnaan seorang mukmin (orang beriman), iaitu bersihnya aqidah dan baiknya akhlak.

Maka buku yang sedang anda teliti ini adalah sebuah buku yang menggariskan point-point penting bagaimana seharusnya seorang mukmin berakhlak. Berakhlak terhadap Allah, terhadap Rasul, dan kemudian terhadap manusia. Kemudian buku ini turut menyenaraikan prinsip-prinsip aqidah ahlus sunnah wal-jama'ah melalui terjemahan risalah I'tiqaad ad-Diin yang digariskan atau dipertegaskan oleh salah seorang ulama besar generasi awal, iaitu Imam Ibnu Abu Hatim ar-Razi rahimahullah (Wafat: 327H). [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
80 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.