Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Saturday, January 19, 2013

689 - Talbinah Resepi Perubatan Nabawi

Talbinah Resepi Perubatan Nabawi






Item:
Talbinah Resepi Perubatan Nabawi

Pengeluar:
Assabil Amin Food

Jenama:
Assabil Amin Food

Harga:

RM24/Paket

Berat Item:

440g

Keterangan Kandungan:

Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

التَّلْبِينَةُ مُجِمَّةٌ لِفُؤَادِ المَرِيضِ، تَذْهَبُ بِبَعْضِ الحُزْنِ

"Talbinah berkhasiat menenangkan hati orang yang sakit, serta menghilangkan sebahagian dari kesedihan." (Shahih al-Bukhari, no. 5417. Bab: at-Talbiinah)

Imam al-Bukhari rahimahullah (Wafat: 256H) di dalam kitab Shahih-nya meletakkan hadis berkenaan tabinah ini di dua tempat, salah satunya di bab:

بَابُ التَّلْبِينَةِ لِلْمَرِيضِ

"Bab: Talbinah untuk orang yang sedang sakit." (Shahih al-Bukhari, 7/124)

Demikian juga dengan imam an-Nawawi rahimahullah dalam Syarah Shahih Muslim, turut meletakkan hadis ini di bab:

التَّلْبِينَةُ مُجِمَّةٌ لِفُؤَادِ الْمَرِيضِ

"Talbinah dapat menenangkan hati orang yang sedang sakit."

Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) menjelaskan:

التلبينة فبفتح التاء وهى حساء من دقيق أو نخالة قالوا وربما جعل فيها عسل قال الهرواى وغيره سميت تلبينة تشبيها باللبن لبياضها ورقتها وفيه استحباب التلبينة للمخزون

"At-Talbinah adalah bubur yang diperbuat dari tepung halus (sejenis bijirin berkualiti). (Sebahagian ulama) mengatakan ia diadun (disediakan sebagai hidangan) dengan campuran madu. Imam Al-Harawi dan selainnya mengatakan, "Ia dinamakan at-Talbinah kerana ia menyerupai susu pada keputihannya (warnanya), dan kelembutannya." Di dalam hadis terdapat anjuran membuat bubur dengannya untuk orang yang sedang bersedih dan sedang dalam sakit." (Syarah Shahih Muslim, 14/202-203)

Manakala Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) berkata dalam kitabnya, Ath-Thibbun Nabawi:

"Kandungan gizinya lebih besar berbanding dengan tepungnya. Ia merupakan penawar yang berkahsiat untuk mengubati batuk, dan radang tekak, sesuai untuk menghilangkan selesema, melancarkan buang air kecil, membersihkan saluran pemakanan, menghilangkan dahaga, dan menghilangkan rasa kepanasan." (Ath-Thibbun Nabawi, m/s. 329)

Ada beberapa metode penyediaan talbinah. Antaranya dengan cara mereneknya atau dijadikan sebagai bubur. Sesuai untuk dicampur dengan potongan daging lalu di-sup.

Atau direnek dengan air mendidik, diadun hingga lembut/sebati dan pekat, lalu dicampur dengan susu segar dan ditambahkan dengan pemanis seperti kurma, sari kurma, atau lainnya. Sesuai dimakan apabila telah suam. Atau boleh juga dicampur dengan susu pekat manis seperti penyediaan oat.

Atau boleh juga dicampurkan dengan air panas mendidih, dikacau sehingga lembut, sebati, dan halus lagi pekat, kemudian dibiarkan sejuk lalu dicampurkan dengan madu atau potongan buah-buahan (sebagai pemanis). Enak dimakan ketika telah suam atau sejuk.

Masih ada beberapa bentuk penyediaan yang lain bergantung kepada kreativiti dan selera.

Menurut kajian sains, Talbinah memiliki unsur yang mampu memberi ketenangan jiwa, perasaan, dan meredakan rasa sakit kerana di antara kandungannya adalah seperti:

Betaglucan, Vitamin E, Potasium, Magnesium, Anti Oksidan, Vitamin B, mengandungi Melatonin, Lysine, Hormon Prostaglofuin, serta beberapa lagi lainnya.

Di antara Khasiatnya sebagaimana kajian para Doktor, Saintis, dan ilmuan Islam:

1, Mampu menurunkan kadar kolestrol dalam tubuh.

2, Mampu menghilangkan tekanan perasaan atau depressi, dan stress.

3, Merendahkan tekanan darah tinggi.

4, Meredakan kencing manis dengan mengawal keseimbangan gula dalam darah.

5, Meredakan tekanan jantung.

6, Meredakan gangguan tidur.

7, Mampu membantu penyusuan anak bagi ibu-ibu.

Serta beberapa lagi lainnya.

Sesuai juga untuk dimakan walaupun tidak ada sebarang penyakit atau tekanan perasaan kerana rasanya yang memang enak jika kena dengan cara hidangan dan penyediaannya. Hidangan talbinah juga sesuai untuk anak-anak seawal usia 6 bulan, dan yang terbaik apabila sebaik anak-anak telah mula tumbuh gigi.

Kerana kata Imam Ibnul Qayyim rahimahullah:

وينبغي أن يقتصر بهم على اللبن وحده إلى نبات أسنانهم لضعف معدتهم وقوتهم الهاضمة عن الطعام فإذا نبتت أسنانه قويت معدته وتغذى بالطعام فإن الله سبحانه أخر إنباتها إلى وقت حاجته إلى الطعام لحكمته ولطفه ورحمة منه بالأم وحلمة ثديها فلا يعضه الولد بأسنانه

“Sebaik-baiknya bayi hanya diberikan dengan air susu ibu sahaja sehingga gigi-giginya tumbuh, kerana pada ketika itu organ dan sistem penceranaannya masih lemah untuk menghadam makanan (selain dari air susu ibu). Jika gigi-giginya telah mula tumbuh, bermakna organ penceranaan telah mula mantap dan sempurna untuk mencernakan makanan. Bahawasanya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah melewatkan waktu pertumbuhan giginya sehingga ke waktu yang ia benar-benar memerlukan makanan disebabkan hikmah tertentu, sebagai bukti kelembutan, dan dengan sebab kasih sayang-Nya terhadap bayi serta si ibu.” (Tuhfatul Maudud bi Ahkamil Maulud, m/s. 231)

Talbinah diberikan kepada anak-anak bersama manisan seperti kurma hancur. Atau boleh juga dengan dicampur madu, atau juga boleh bersama buah-buahan segar (dalam bentuk perahan jus). Elakkan menggunakan gula, kerana gula tidak sesuai untuk anak-anak kecil.

Kuantiti:
440gram Tepung Talbinah Asli

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, www.atsar.ilmusunnah.com

Kaedah Bayaran: 
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.