Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Sunday, May 23, 2010

249 - al-Qowa'id al-Fiqhiyah - Kaedah-kaedah Praktis Fiqih Islami

al-Qowa'id al-Fiqhiyah
Kaedah-kaedah Praktis Fiqih Islami


Title:
al-Qowa'id al-Fiqhiyah
Kaedah-kaedah Praktis Fiqih Islami

Author:
Ahmad Sabiq B. Abdul Lathif Abu Yusuf

Publisher:
Pustaka al-Furqon

Price:
RM26

Weight:
500g

Description:

Sekiranya asas selamatnya seseorang hamba itu tidak akan diperolehi melainkan dengan bersihnya tauhid dan bebasnya daripada pencemaran tauhid (syirik), maka keselamatan yang sempurna pula tidak akan dapat diraih melainkan dengan kemurnian (keikhlasan) ibadah dan bebasnya dari bid’ah. Sekiranya masalah yang pertama diketahui dengan mempelajari ilmu tauhid, maka bahagian yang kedua diketahui dengan ilmu fiqih.

Ilmu fiqih memiliki keutamaan yang sangat besar dan luas. Dengan ilmu tersebut diketahui bagaimana cara beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan cara yang benar, bermula dari persoalan bersuci, solat, zakat, puasa, haji dan selainnya. Dengan ilmu fikih diketahui bagaimana cara mencari rezeki yang halal dan menghindari cara yang haram, ia diperolehi melalui fiqih mu’amalat, jual beli, riba, sewa-menyewa dan selainnya. Dengannya diketahui bagaimana cara membina keluarga yang bahagia, hak-hak suami isteri serta anak. Perbincangan ini diperolehi dalam fiqih pernikahan. Dengan ilmu fiqih diketahui bagaimana harta seseorang akan dibahagi-bahagikan sepeninggalnya, yang mana ianya dibahaskan dalam ilmu faraidh. Dengan ilmu fiqih diketahui pula balasan bagi orang yang melakukan jenayah, yang mana perkara ini disebutkan dalam fiqih jinayat dan lainnya. Dan masih banyak perkara lain yang diketahui dengan mempelajari ilmu fiqih. Namun di ketika persoalan fiqih adalah persoalan yang selalu berkembang seiring dengan perkembangan zaman, manakala nash al-Qur’an dan as-Sunnah ash-Shohihah yang menjadi dasar hukum persoalan fiqih terbatas, kerana keduanya terputus dan tidak berkembang lagi dengan wafatnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, sedangkan sudah dimaklumi bersama bahawa sesuatu yang terbatas tidak mungkin dapat mengiringi sesuatu yang tidak terbatas dan sentiasa berkembang, maka para ulama’ berjuang dan berusaha keras untuk merumuskan pelbagai kaedah yang diambil dari kedua wahyu tersebut supaya dapat digunakan sepanjang masa sehinggakan terhadap masalah-masalah yang belum pernah ada dan belum pernah wujud pada zaman ketika wahyu diturunkan. Dan kaedah ini terbagi menjadi dua jenis:

Pertama: Kaedah yang berhubungan dengan dalil, maksudnya adalah bagaimana cara memahami dan mengambil faedah dari sesebuah dalil, yang kemudian dikenali dengan istilah ilmu ushul fiqih.

Kedua: Kaedah yang berkaitan secara langsung dengan amal perbuatan hamba, yang kemudian disebutkan dengan ilmu al-Qowa’id al-Fiqhiyyah (kaedah-kaedah dalam fiqh). Banyak faedah yang dapat diambil dengan mempelajari serta memahami kaedah=kaedah fiqhiyah, dua faedah tersebut di antaranya adalah:

1. Sebuah kaedah fiqih dapat digunakan untuk memehami begitu banyak permasalahan fiqih yang tercakup dalam pembahasannya. Dan ini akan sangat memudahkan seseorang penuntut ilmu untuk mengetahui hukum-hukum fiqih tanpa harus menghafal sebuah permasalahan satu persatu. Imam al-Qorrofi berkata: “Sesiapa yang menguasai fiqih melalui penguasaan kaedah-kaedahnya, maka dia tidak perlu untuk menghafal semua permasalahannya satu-persatu kerana telah tercakup dalam keumuman kaedah tersebut. (Lihat: al-Furuq al-Qorrofi, 2/115)

2. Penguasaan kaedah-kaedah fiqh adalah sangat membantu seseorang dalam memberikan sesebuah hukum berkaitan isu terkini dan semasa serta belum pemah terjadi sebelumnya dengan cara yang lebih mudah. (Lihat al-Wajiz fi idhohi Qowa'id al-Fiqh al-Kulliyah oleh DR. Muhammad Shidqi al-Burnu, hal. 24) Contohnya: Sekiranya ada orang bertanya: apakah hukum rokok? Disebabkan rokok belum ada pada zaman Rasulullah. Maka jawabnya: Rokok adalah haram, kerana dengan kesepakatan para pakar kesihatan bahawa ia membahayakan tubuh dan mengancam kesihatan yang mana disebutkan dalam sebuah kaedah fiqih yang maknanya: “Tidak boleh melakukan sesuatu yang membahayakan diri ataupun orang lain.” Maka semakin nampaklah betapa penting ilmu qowa’id al-fiqhiyah ini untuk dipelajari. Buku ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk mempelajari ilmu fiqih. Di dalamnya membentangkan kaedah-kaedah ilmu fiqih yang dibahaskan secara praktis dan jelas. Pelajaran ilmu fiqih ini disebutkan sebagai al-Qowa’id al-Fiqhiyyah, semoga pembaca dapat mendulang faedah-faedah yang banyak melalui buku ini.

Total Pages:
337 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.