Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Sunday, May 23, 2010

250 - Keabsahan Hadits Ahad Dalam Aqidah & Hukum

Keabsahan Hadits Ahad Dalam Aqidah & Hukum


Title:
Keabsahan Hadis Ahad Dalam Aqidah & Hukum

Author:
Syaikh Salim B. 'Ied al-Hilali

Publisher:
Pustaka Ulil Albab

Price:
RM20

Weight:
350g

Description:

Secara umumnya manhaj/prinsip Islam dalam ilmu adalah satu, iaitu dengan mengikuti nash dari al-Qur'an, as-Sunnah, dan ijma' salafush-sholeh (generasi ulama awal umat Islam). Namun begitu, pada masa ini masih terdapat terlalu banyak perkataan dan fatwa-fatwa yang dilontarkan kepada umum yang hakikatnya bertolak-belakang dari landasan prinsip tersebut. Sama ada disebabkan jahil terhadap kefahaman para ulama generasi awal terhadap 'aqidah itu sendiri mahupun dengan sebab taksub dan terkesan dengan pemikiran-pemikiran lain yang menyimpang lagi menyesatkan. Mungkin juga dengan sebab terlalu kurangnya meneliti dan tidak sabarnya untuk berhujjah, maka ada sebahagian kelompok yang menyuarakan ke khalayak umum bahawa Hadis Ahad itu tidak dapat menegakkan prinsip-prinsip aqidah disebabkan ia hanya sekadar mampu menghasilkan dalil yang dzann (jangkaan/andaian) semata-mata. Namun, mereka menyatakan boleh pula hukum-hukum yang bersifat amalan atau syari'ah untuk ditegakkan dengan hadis ahad.

Dengan itu, berikut adalah sebuah tulisan daripada Syaikh Salim B. 'Ied al-Hilali berkenaan dengan perkara ini yang yang menunjukkan bahawa hadis ahad adalah hujah yang diterima dalam Islam sama ada dalam persoalan aqidah mahu pun hukum. Dengannya beliau mengemukakan pembuktian secara ilmiah sekaligus menolak satu-persatu hujah golongan yang menolak hadis ahad sebagai hujah dalam aqidah dalam bentuk analisa yang sangat memuaskan. Beliau juga turut membongkar penyelewengan dan manipulasi golongan tersebut terhadap nama-nama ulama tertentu di dalam menguatkan hujah-hujah mereka.

Di antara natijah/kesan penolakan hadis ahad sebagai hujah dalam aqidah akan membawa kepada penolakan beberapa unsur-unsur keimanan yang sangat penting sebagaimana berikut (sedangkan para ulama ahlus sunnah wal-Jama'ah telah mengimaninya sejak dari dahulu sehingga sekarang dan telah termaktub di dalam kitab-kitab mereka sebagai bukti bahawa mereka menegakkan prinsip-prinsip aqidah dengannya):

1 - Syafaat yang besar di akhirat.

2 - Syafaat terhadap umatnya yang melakukan dosa besar.

3 - Semua mukjizat selain al-Quran.

4 - Proses permulaan makhluk, sifat malaikat dan jin, sifat neraka dan syurga yang tidak diterangkan dalam al-Quran.

5 - Pertanyaan malaikat Mungkar dan Nakir di alam kubur.

6 - Himpitan kubur terhadap mayat.

7 – Jambatan (titian ash-Shirath), telaga dan timbangan amal.

8 - Keimanan bahawa Allah menetapkan kepada semua manusia akan keselamatannya, kesengsaraannya, rezekinya, matinya ketika masih dalam kandungan ibunya.

9 - Keistimewaan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam yang dikumpulkan oleh Imam as-Suyuti dalam kitab al-Khasais al-Kubra, seperti Rasulullah masuk ke syurga ketika baginda masih hidup dan melihat kedudukannya serta hal-hal yang disediakan untuk orang yang bertaqwa.

10 - Berita kepastian bahawa sepuluh sahabat dijamin masuk syurga.

11 - Bagi orang yang melakukan dosa besar tidak kekal selama-lamanya dalam neraka.

12 - Percaya kepada hadis sahih tentang sifat hari kiamat dan padang mahsyar yang tidak dijelaskan dalam al-Quran.

13 - Percaya terhadap semua tanda kiamat seperti keluarnya Imam Mahdi, turunnya Nabi Isa, keluarnya Dajjal, keluarnya api, munculnya matahari dari barat dan binatang-binatang dan lain-lainnya.

Total Pages:
212 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.