Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Saturday, May 29, 2010

258 - Mereka Adalah Para Shahabiyah

Mereka Adalah Para Shahabiyah
Kisah-kisah Wanita Menakjubkan Yang Belum Tertandingi Hingga Hari Ini


Title:
Mereka Adalah Para Shahabiyah
Judul Asli ('Arab): Nisaa' Haul ar-Rasul

Author:
Mahmud Mahdi al-Istambuli
Musthafa Abu Nashir asy-Syalabi

Publisher:
Pustaka at-Tibyan

Price:
RM50

Weight:
900g

Description:

Buku yang hadir untuk tatapan jiwa, peribadi dan pancarindera anda ini adalah sebuah buku yang mengisahkan tentang wanita-wanita agung yang keluar dengan cemerlang dari sebuah institusi yang tidak mungkin lagi ditemui pada hari ini. Iaitulah institusi di mana Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam adalah pendidik dan pembimbingnya. Kisah-kisah wanita agung bergelar Shahabiyah (para wanita yang sezaman, mengenali (bertemu), dan beriman dengan ajaran Rasulullah dengan baik).

Buku ini memuatkan kisah-kisah wanita tauladan dari generasi awal umat Islam yang penuh keimanan dan semangat cinta agama yang sangat tinggi. Anda akan melihat contoh-contoh yang sangat baik, mulia, meruntun jiwa lagi mengagumkan. Dari merekalah lahirnya pejuang-pejuang Islam yang menjadi pewaris menyebarkan agama serta berjihad ke serata dunia sehingga risalah-risalah agama sampai kepada kita hari ini. Lihatlah bagaimana mana mereka menerima didikan Rasulullah dengan penuh tekun dan taat, lihat semangat mereka dalam mencintai Allah dan Rasul-Nya, bagaimana mereka menjaga diri dan kehormatan mereka, bagaimana mereka menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak, seorang hamba Allah, dan sebagai seorang suami. Lihat pula usaha, pengorbanan, semangat dan perjuangan mereka dalam mengembangkan, menyebarkan dan mempertahankan agama. Semua itu adalah suri tauladan yang wajar untuk kita semua ambil sebagai contoh dan ikutan.

Bandingkanlah sikap wanita hari ini dengan mereka dalam urusan agama, anak-anak, kekeluargaan dan suami. Adakah dapat disamakan dengan sikap para wanita tersebut dengan wanita pada hari ini? Adakah kita telah melihat kisah-kisah mereka? Adakah kita telah berusaha mencontohi mereka? Sungguh menyedihkan kisah wanita hari ini (secara umumnya) yang sangat jauh dari mewarisi sikap-sikap wanita tauladan dari golongan para shahabiyah. Kita lebih seronok dihadapkan dengan kisah-kisah wanita rosak akhlak lagi membinasakan. Wanita hari ini disibukkan pula dengan urusan pekerjaan mencari kekayaan dan keperluan di luar rumah. Anak-anak mereka menjadi terabai diserahkan kepada para pengasuh yang tidak tentu lagi sifat kasih-sayangnya. Yang sekaligus melahirkan anak-anak yang juga belum tentu sifat-sifat peribadi, akhlak serta hasil pendidikannya. Seorang ibu yang bertanggungjawab untuk menyusukan anak-anak kecilnya, disibukkan dengan pelbagai urusan duniawi sehingga menyerahkan anak-anak mereka kepada orang lain untuk disusukan dengan susu-susu haiwan, susu-susu tepung, atau susu-susu yang telah melalui pelbagai peringkat pemprosesan kimia (yang tidak terjamin kebaikannya). Mana susu ibu mereka untuk anak-anak kecil mereka yang merintih mahukan susunya? Anak-anak tidak memerlukan susu haiwan yang penuh mudharat. Tetapi, anak-anak memerlukan susu ibunya. Susu-susu penuh khasiat dan kasih sayang. Sekiranya anda menyelusuri kisah-kisah wanita Shahabiyah ini, sudah tentu anda akan memahami bahawa tiada seorang anak mereka pun yang lahirnya dibiarkan menyusu dengan susu-susu haiwan. Ingatlah bahawa kitalah yang mencorakkan sifat anak-anak kita bermula sejak dalam kandungan, sejak lahir dan sehingga meningkat remaja atau dewasa. Bermula dengan peringkat penyusuan, belaian kasih dan manja serta bimbingan lainnya dari pendidikan agama sebagai teras yang utama. Sekiranya hal ini terabai, maka wujudlah pelbagai sifat dan gejala yang tidak sewajarnya dilihat. Fahamilah bahawa semua itu antaranya bermula dari institusi rumah-tangga dan sifat kewanitaan sebagai seorang ibu.

Maka, di antara sebab itulah buku ini dihadirkan kepada kita semua, sebagai wadah motivasi para wanita dan pemuda di luar sana. Buku ini membimbing kita bagaimana seharusnya membimbing seorang wanita dan bagaimana sifat-sifat wanita sebenarnya di sisi Islam itu sendiri. Buku ini dimulakan dengan melihat kedudukan wanita dari sudut pandang beberapa kelompok manusia seperti dari sudut pandang orang-orang Yunani kuno, Romawi, Parsi, China, Yahudi, India, Nashrani (Kristian), dan bangsa 'Arab Jahiliyyah.

Kemudian, buku ini memasuki perbahasan bagaimana pandangan sebenar Islam terhadap kemuliaan seorang wanita sekaligus membezakan dengan pandangan dari agama dan kelompok manusia lainnya. Dimulakan pula seterusnya dengan kisah-kisah Isteri Nabi kita dari kisah Khadijah Bt. Khuwalid, Saudah, 'Aisyah, Hafshah, Ummu Salamah, Ummu Habibah, Ramlah, Zainab, Shafiyyah, Juwairiyah, dan Maimunah. Turut dimuatkan adalah bagaimana peribadi Rasulullah sebagai seorang suami yang ceria, berwibawa, dan setia. Diikuti pula dengan kisah puteri-puteri Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Dimuatkan pula berkenaan peribadi Rasulullah sebagai seorang ayah dan datuk. Kemudian, kisah-kisah mereka diteruskan dengan kisah para shahabiyah yang utama seperti Asma' Bt. Abu Bakr, Fathimah, Ummu Kultsum, Sumayyah, Ummu Sulaim, Ummu Waraqah, asy-Syifa' Bt. al-Harith, Ummu Hakim, Ummu Fadhl dan ramai lagi lainnya.

Dan buku ini kemudiannya diakhiri dengan tanggungjawab para wanita terhadap diri, agama, keluarga dan masyarakat. Kemudian diikuti dengan bentuk-bentuk serangan para orientalis dan musuh-musuh Islam terhadap para wanita masa kini. Yang terakhir sekali turut dimuatkan adalah pandangan sebenar Islam terhadap isu poligami yang sering menimbulkan kontroversi, penceraian, dan kedudukan wanita di sisi kaum lelaki.

Total Pages:
368 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.