Tarekat, Tasawuf, Tahlilan & Maulidan
Title:
Tarekat, Tasawuf, Tahlilan & Maulidan
Author:
Ustaz Hartono Ahmad Jaiz
Publisher:
Wacana Ilmiah Press
Price:
RM22
Weight:
300g
Description:
Kesesatan memang terdapat di mana-mana. Ia boleh menghinggapi sesiapa sahaja. Tanpa ilmu, sesiapa pun tidak akan mampu mengesan kewujudan kesesatan yang berada dalam diri. Lebih-lebih lagi, mereka yang telah sebati terbelit oleh perangkap dan tipu daya syaitan.
Buku ini mengupas secara tuntas beberapa praktik kesesatan yang telah lama sebati dalam masyarakat nusantara khususnya. Kesesatan yang dimaksudkan hadir menyerang dalam bentuk tasawuf, tahlilan arwah orang mati, dan pesta peringatan yang diadakan sempena kelahiran/kematian Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam (Maulid Nabi). Walaupun tarekat, tasawuf, dan maulidan ini sering dikaitkan dengan bentuk kesesatan yang remeh, namun hakikatnya ia telah pun menjadi wabak yang sukar dibasmi. Ia telah sedia sebati dan populer dalam masyarakat bawahan mahupun elite. Masyarakat desa mahupun bandar.
Atas sebab itulah, buku ini pun hadir dengan membawa dan membentangkan fakta-fakta ilmiyah dari kitab-kitab (penjelasan) para ulama silam dan masa kini sekitar isu berkaitan, selain berbekalkan sumber-sumber autentik al-Qur'an dan as-Sunnah. Termasuk di dalamnya adalah fatwa para ulama bermazhab asy-Syafi'i seperti Imam asy-syafi'i sendiri, imam an-Nawawi, dan selainnya. Ia berusaha merungkai dan menyingkap pelbagai praktik sesat dalam amalan-amalan tasawuf, tarekat, tahlilan, dan maulidan. Sekaligus mengajak anda untuk beragama dengan ilmu dan sumber-sumber yang sahih lagi diperakui di atas kefahaman para ulama ahlus sunnahw al-Jama'ah.
Total Pages:
208 m/s.
More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.
Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.