Syaikh Dr. Ali Muhammad ash-Shalabi
Publisher:
Darul Haq
Price:
RM64
Weight:
1.2kg
Description:
Reformasi Umar B. Abdul Aziz merangkumi segala aspek pemerintahan sama ada Kehidupan beragama, politik, sosial, ekonomi, dan budaya. Perekonomian sebagai contoh, ditegakkan di atas nilai-nilai kebenaran, keadilan dan penghapusan kezaliman dalam segala sudut, meletakkan target-target ekonomi yang benar, pembahagian harta kekayaan yang masuk ke dalam hasil negara secara adil, meningkatkan taraf ekonomi dan kemakmuran masyarakat, berpandukan langkah-langkah yang benar. Ini adalah seperti - menyediakan iklim yang kondusif yang menyokong pertumbuhan ekonomi, membuka kebebasan ekonomi dalam skala luas, menetapkan kebebasan perdagangan, kemahiran pertanian, dan menyediakan infrastruktur yang baik, sehingga setiap orang dengan suka cita mengambil tempat dan terlibat dalam pertumbuhan ekonomi, bahkan tanah-tanah yang mati menjadi hidup.
Hasilnya, rakyat merasa cukup, Muslim dan bukan Muslim hidup dengan mewah, sehingga tiada orang yang layak dan mahu menerima zakat dan sedekah. Tonggak penting dalam negara yang dibina oleh Umar adalah pertama, berdirinya pusat-pusat kajian ilmiah dan pendidikan, dan kedua, orang-orang yang menjadi penasihat, gabernur dan pembantu pentadbirannya adalah orang-orang yang jujur, amanah, soleh dan berilmu.
Kekhalifahan Umar ini ditegakkan dengan dasar Syari'at tauhid yang murni lagi tulus, keadilan Islam dan tauhid ditegakkan, sehingga tidak ada sesiapa pun yang merasa tertindas. Semua ini bermuara dari keperibadian Umar yang agung - di mana beliau memiliki akidah yang lurus lagi sejahtera, rasa takutnya yang sangat kepada Allah, jujur, amanah, zuhud, wara', tawadhu', peribadi yang tenang, sifat pemaaf, berlapang dada, sabar, tegas, adil, rendah hati, kuat dalam bekerja, dan sentiasa menegakkan kebenaran dan keadilan tanpa letih.
Umar bin Abdul Aziz adalah contoh Pemimpin yang Adil, Jujur, Amanah dan soleh, Ulama Pembaharu Agama, dan Reformis Sosial yang sejati. Perhatikanlah keperibadiannya dalam agama dan pemerintahan melalui buku ini. Sebuah kajian dan pembuktian yang ilmiah tentang seorang khalifah agung bernama Umar B. Abdul Aziz.
626 m/s.
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.