karya Syaikh Dr. Soleh al-Fauzan
Judul Asal (Arab): Al-Mulakhkash fii at-Tauhid
Pustaka As-Sunnah
Harga:
Berat:
1.25kg
Keterangan Buku:
Kesederhanaan dalam perbahasan tauhid kepada Allah Ta'ala tidaklah menjadikan kitab ini mengabaikan aspek-aspek ilmiyah. Bahkan dari awal perbahasannya sehingga ke akhir, para pembaca yang budiman akan melihat betapa Syaikh rahimahullah melampirkan dalil-dalil yang cukup tepat dan mengena pada tempatnya.
Sejumlah huraian dan syarah mahupun catatan pinggir (hasyiyah) atas kitab ini telah dituliskan oleh para ulama yang ramai sepeninggalan Syaikh rahimahullah. Di antara yang terkenal adalah Taisir 'Azizil Hamid Syarh Kitab at-Tauhid karya cucu beliau, Syaikh Sulaiman B. 'Abdullah rahimahullah. Demikian juga kitab Fathul Majid Syarh Kitab at-Tauhid karya Syaikh 'Abdurrahman B. Hasan B. asy-Syaikh rahimahullah.
Manakala kitab Al-Mulakhkhash Syarh Kitab At-Tauhid ini pula adalah susunan dan huraian oleh Syaikh Dr. Soleh B. Fauzan al-Fauzan hafidzahullah, salah seorang tokoh ulama besar abad ini. Kitab beliau ini adalah antara sekian banyak kitab para ulama Sunnah yang memberikan khidmatnya ke atas kandungan Kitab Tauhid Syaikh Muhammad B. 'Abdil Wahhab rahimahullah. Ia menjelaskan dengan huraian-huraian yang ringkas, tuntas, teratur, dan padat. Tidak berjela-jela sehingga membuat orang lelah. Sebaliknya ringkas dan tuntas sehingga mudah difahami dan memberi manfaat yang mudah dimanfaatkan baik oleh kalangan ahli ilmu mahupun masyarakat awam. Di sinilah letak kelebihan dan keutamaan edisi Syarah dan penjelasan Kitab at-Tauhid susunan Syaikh Soleh B. Fauzan al-Fauzan ini. Wal-Hamdulillah. Semoga bermanfaat. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
Renungan: Tauhid Kunci Kekuatan
Kalau kita imbau kebangkitan dan kegemilangan umat Islam di masa lampau bermula pada zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, ia amat-amat membanggakan dan dirindukan. Diikuti pula oleh generasi khulafa al-Rasyidin. Umat Islam merupakan generasi yang cukup kuat dan gah di persada dunia ketika itu. Sehingga musuh-musuh yang berada di sekitar pun merasa gerun dan tunduk.
Tetapi pada hari ini, umat Islam kian kehilangan jati diri dan kekuatannya. Umat Islam berpecah-belah dan lemah. Orang-orang di sekeliling hilang hormat terhadap mereka. Rasa gerun di dalam dada-dada musuh umat Islam seakan-akan telah tercabut.
Di antara faktor kelemahan tersebut sebenarnya berpunca dari dasar aqidah dan keimanan mereka yang amat-amat rapuh. Boleh dikatakan kefahaman dan pegangan terhadap agama terlalu cetek sehingga mudah diperkotak-katikkan.
Bukti kerapuhan aqidah umat Islam pada hari ini antaranya dapat dilihat melalui suburnya amalan khurafat, tahayyul, bid’ah dan kesyirikan. Di antara contoh mudah yang dapat kita perhatikan adalah suburnya amalan tangkal dan pelaris. Kunjungi dan singgahlah di mana-mana kedai makan orang Melayu atau Mamak, pasti akan kita dapati sebahagian besar dari mereka menggantung sesuatu di bahagian dinding belakang kaunter bayaran.
Selain itu, di samping berdoa kepada Allah, mereka menggantungkan pula permohonan mereka kepada tangkal, berkat tok wali, Tawassul dengan kuburan, dan seumpamanya.
Kalau di rumah-rumah pula, masih ramai yang menyimpan atau menggantungkan tulisan ayat al-Kursi di pintu-pintu rumah, botol-botol berisi “bahan pendinding”, keris penjaga rumah, cincin azimat, batu geliga, memelihara ikan puyu sebagai pendinding dari pukau, manakala ikan kelisa sebagai pembawa tuah, dan apa-apa jua yang sewaktu dengannya. Masih terlalu ramai dalam kalangan masyarakat Islam hari ini meyakini tangkal-tangkal dan azimat-azimat tersebut mampu menarik kebaikan atau rezeki dan dalam masa yang sama menolak mudharat.
Apabila budaya khurafat dan tahayyul yang penuh kesyirikan seperti ini berleluasa, selagi itulah umat Islam akan terus dilanda kehinaan dan kelemahan. Kerana kebergantungan mereka kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala telah bertukar kepada tangkal dan azimat tersebut.
Kata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
Mungkin ada yang terlupa bahawa di antara tujuan utama diutus para Rasul kepada umat manusia di muka bumi ini adalah bagi menghapuskan kesyirikan dan mengajak mengabdikan diri semata-mata hanya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan:
Juga sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam menjelaskan keutamaan dalam berdakwah:
Kenapa Para Nabi Memulakan Dakwahnya Dengan Tauhid?
Contoh paling mudah adalah hadis-hadis berkaitan surat-surat Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam kepada para pembesar kaum kafir. Antaranya sebagaimana kata Anas B. Malik radhiyallahu 'anhu:
Menunjukkan prinsip para Nabi dalam memulakan dakwahnya adalah dengan seruan masuk Islam, iaitu seruan mentauhidkan Allah, sekaligus memurnikannya dengan benar dan tulus. Kemudian baru yang lainnya.
Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan:
Juga sebagaimana dalam sebuah hadis daripada Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu. Beliau berkata:
“Sesungguhnya engkau akan mendatangi (menemui) ahli kitab, maka hendaklah yang pertama sekali engkau dakwahkan kepada mereka adalah ajakan untuk mentauhidkan Allah Ta’ala. Jika mereka telah memahami hal tersebut, maka khabarkan kepada mereka bahawa Allah memfardhukan ke atas mereka solat 5 waktu setiap hari. Apabila mereka telah solat, sampaikanlah kepada mereka bahawa Allah memfardhukan ke atas mereka zakat dari harta-harta mereka, iaitu diambil dari kalangan kaya di antara mereka lalu diagihkan kepada orang-orang miskin. Jika mereka mentaatinya, maka ambillah sebahagian harta mereka dan jangan engkau ambil harta yang paling berharga milik mereka.”.” (Shahih al-Bukhari, no. 7372. Kitab Tauhid, Bab: Seruan Nabi Kepada Umatnya Agar Mentauhidkan Allah)
Ini kerana tauhid adalah hak ter-Agung Allah ke atas para hambanya dan dengan tauhid yang benar dan tulus, maka para manusia pun akan terselamat dari siksa-Nya. Sekaligus berhak mendapat rahmat dari-Nya berupa Syurga yang penuh kenikmatan.
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bertanya kepada Mu’adz:
“Mereka wajib mengabdikan diri kepada-Nya dan tidak mensyirikkan sesuatu pun dengan-Nya. Tahukah engkau hak mereka (para hamba) terhadap Allah?” Jawab Mu’adz, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Maka Nabi pun bersabda:
“Dia tidak akan meng-adzab mereka.” (Shahih al-Bukhari, no. 7373)
Umat Islam dimuliakan Dengan Tauhid Yang Murni
Iaitu mereka yang menegakkan agama Allah yang sebenar-benarnya, bukan yang bercampur-aduk dengan bid’ah dan kesyirikan. Allah Subhanahu wa Ta’ala juga telah berjanji melalui firman-Nya:
Syaikh ‘Abdurrahman as-Sa’di rahimahullah menjelaskan:
Maka dari itu, pastikanlah keadaan tauhid kita, keimanan kita, serta aqidah kita. Sudah tepat dan benarkah sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala berdasarkan apa yang disunnahkan oleh Rasul-Nya? Sudah murni dan tuluskah semata-mata kerana Allah? Tidak ada lagi syirik dan noda?
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.